Analisis : Liverpool FC Akan Mengukuhkan Penjenamaan Mereka Menerusi Tajaan Nike

Liverpool akan beralih daripada tajaan jersi oleh New Balance kepada Nike bermula musim 2020 – 2021.

Bermulanya dekad baharu, Liverpool berada di puncak bolasepak Inggeris, Eropah dan dunia. Dekad baru ini dimulakan dengan kenyataan yang agak “gempak”.

Sebelum ini Liverpool meraih kejuaraan Eropah pada Jun lepas, sebelum meletakkan mereka di kedudukan selesa dengan 13 mata di puncak liga buat masa sekarang dan buat pertama kalinya meraih kejuaraan Piala Kelab Dunia di Qatar pada Disember. 

Dengan skuad sekarang yang dikelilingi bakat berkelas dunia, berada di kemuncak prestasi dan Klopp akan melanjutkan kontrak di sini; ia merupakan saat saat paling diingati untuk peminat Reds sebagai salah satu pasukan yang paling digemari buat masa sekarang. 

Di luar padang, perkembangan kelab itu selaras dengan situasi pasukan sejak Klopp mengambilalih sejak Oktober 2015.

Pusat latihan Kirkby yang bernilai £50 juta akan mula beroperasi pada tahun ini, serta pelan untuk menaiktaraf Anfield bagi memuatkan 60,000 peminat setiap perlawanan berjalan lancar setakat ini. 

Dan hari ini Liverpool mengumumkan secara rasmi satu lagi kerjasama besar bermula pada 2020 terhadap rahsia yang bukan lagi satu lagi rahsia sebenarnya. 

Syarikat pengeluar barangan sukan gergasi, Nike telah secara rasmi akan menaja jersi Liverpool bermula musim depan yang sebelum ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan percanggahan dengan tajaan jersi sekarang dari New Balance. 

Tajaan Nike sebenarnya adalah bernilai £30 juta setahun, iaitu £15 juta lebih rendah dari apa yang ditaja oleh New Balance ketika ini. 

Namun begitu Liverpool merasakan pendedahan dan promosi hasil kerjasama dengan Nike – yang sebelum ini menyatakan kenaikan keuntungan sebanyak £10.2 billion untuk suku keempat tahun 2019 bakal menyaksikan pendapatan mereka jauh melebihi apa yang ditawarkan New Balance. 

Hasrat Liverpool untuk menjalinkan kerjasama dengan Nike bukanlah bermakna mereka melupakan New Balance sebagai penaja mereka sejak 2015. Cuma New Balance tidak mampu mencabar apa yang Nike tawarkan untuk Liverpool. 

Antara butiran yang New Balance tidak dapat menyaingi Nike adalah dari sudut penggunaan ikon syarikat itu seperti Lebron James, Serena Williams dan penyanyi Drake. 

Mr Justice Teere, hakim yang membuat keputusan dalam prosiding itu mendedahkan New Balance tidak dapat mengemukakan tawaran yang dilakukan Nike menerusi duta atau ikon mereka. Ia merupakan keputusan yang membuatkan Liverpool beralih arah kepada Nike.

Dan kelab secara rasminya mengumumkan kerjasama mereka dengan Nike menerusi laman web rasmi mereka. 

Ketua Pengawai Komersil Liverpool Billy Hogan :

“Jersi ikonik kita akan menjadi sebahagian sejarah dan identiti kelab. Kami mengalu alukan Nike dalam keluarga LFC untuk tajaan jersi dan menjangkakan kerjasama terbaik untuk kelab, di sini dan peringkat global dengan kami berhasrat untuk melebarkan jenama kami”.

“Sebagai salah satu jenama, Nike menggambarkan visi kami untuk berkembang dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka untuk membawa produk baru dan keterujaan kepada peminat”.

Dari sudut peminat pula, mereka memerhati perkembangan kerjasama ini secara dekat. Ada juga yang membuat kesimpulan kerjasama ini bakal membawa beberapa muka pemain bintang yang menjadi ikon bagi jenama ini seperti Kylian Mbappe dan Jadon Sancho.

( Liverpool dah nyatakan mereka tak berminat untuk bawa dua pemain ini ).

Selain itu ia juga menarik minat pemain Liverpool sendiri di mana seorang pemain telah bertanyakan hasil keputusan mahkamah mengenai pertembungan Nike dan New Balance terhadap wartawan ketika tamat perlawanan Genk dan Liverpool.

Perjanjian kerjasama dengan Nike itu dilaporkan “bertahun tahun”, dengan kelab berharap jenama itu akan melonjakkan Liverpool ke satu tahap yang lebih tinggi selepas ini.

Selain itu kerjasama ini juga akan mendedahkan Liverpool kepada peminat baru di seluruh dunia sekaligus mengukuhkan status mereka sebagai “kuasa besar” bolasepak buat masa sekarang. 

ADMIN

Apa yang penting adalah kerjasama ini membantu menaikkan jenama Liverpool dan memberikan pulangan yang besar buat kelab. Bolasepak adalah satu pelaburan besar dan Nike adalah salah satu pelaburan yang berisiko namun berbaloi membawa banyak pendapatan buat kelab. 

Apapun, Welcome To The LFC Family Nike Football. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply