Analisis : Mohamed Salah Kini Dalam Laluan Menjadi Salah Seorang Pemain Hebat Afrika

Mohamed Salah kini meneruskan tradisi Mesir, dengan begitu cemerlang sekali dalam bolasepak Afrika.

Yang mana, minggu lalu beliau telahpun di anugerahkan ‘Caf African Player of the Year’, di Accra, yang mengalahkan Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang, bagi kisah penganugerahan sukan terbesar di benua Afrika itu.

Salah merupakan rakyat Mesir pertama yang menerima penghargaan di bawah format semasa dan yang kedua selepas Mahmoud El Khatib pada tahun 1983, dan sebelum ini memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika BBC.

Nampaknya, Salah kini menjadi bakat Afrika yang luar biasa hebat bagi generasi beliau.

Hanya empat tahun yang lalu, Salah membuat perpindahan ke Chelsea dari FC Basel, tetapi semasa beliau di Stamford Bridge, beliau ternyata gagal untuk mempamerkan aksi yang hebat, kerana tidak serasi dengan taktikal secara bertahan.

Sehinggalah beliau dipinjamkan ke Fiorentina, aksi persembahannya meningkat cemerlang, sampaikan kelab tersebut berjuang untuk mendapatkan tandatangannya bagi berkhidmat secara kekal.

Tetapi, Fiorentina kalah kepada Roma.

Dan sekarang, di separuh musim pertama bersama pasukan merah Liverpool, kecemerlangan Salah adalah sesuatu yang begitu menjadi fenomena.

Boleh dikatakan, Salah kini tidak terlalu jauh untuk kita menganggapnya bakal menjadi pemain Mesir yang paling hebat tidak lama lagi.

Walaupun demikian, berkemungkinan juga ada pendapat yang mengatakan, Salah tidak boleh dianggap hebat kerana beliau tidak memiliki gelaran Nations Cup untuk negaranya atas namanya sendiri, kerana itu yang lebih menjadi penilaian umum.

Malah, beliau juga tidak memenangi terlalu banyak kejayaan atas nama kelab yang dinaunginya.

Pemain-pemain seperti Mohamed Aboutrika, Essam El-Hadary, Ahmed Hassan, El Khatib, Hossam Hassan antara lain, banyak membawa kebanggaan dan penghormatan kepada Mesir secara konsisten atas beberapa kempen, dan tidak mudah untuk dilepasi oleh Salah.

Walau bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh bintang baru pujaan Liverpool ini, yang pemain-pemain diatas tadi tidak lakukan, sebenarnya menunjukkan Salah berada dalam kelasnya yang tersendiri, di luar Afrika Utara dan Timur Tengah.

Yang mana, situasi Salah sekarang, beliau meletakkan namanya dan dalam masa yang sama menggalas nama Mesir di belakang namanya sendiri, pada skala global dengan bermain untuk Liverpool di peringkat Eropah, dengan menguji dirinya di setiap minggu, turun dalam perlawanan menentang pasukan-pasukan hebat dalam liga yang tersengit didunia, seterusnya menjadi pemain yang terbaik lagi berbaloi pembeliannya pada musim panas 2017.

Jika trofi dan dan kejuaraan, yang menjadi ukuran, rasanya sudah semakin hampir.

Liverpool dengan cita-citanya bersama Klopp akan membawa trofi pulang ke Anfield, Mesir berada dalam cabaran sebagai pencabar kepada negara-negara lain untuk merebut kejuaraan World Cup 2018.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Goal

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Related posts