Analisis : Perpindahan Masuk Pemain Ke Liverpool Yang Tidak Menjadi Kenyataan

Perpindahan Nabil Fekir bukanlah salah satunya perpindahan masuk yang tidak menjadi kenyataan di saat akhir.

Saga perpindahan Nabil Fekir memasuki plot selanjutnya apabila ejen pemain tersebut, Jean Pierre Bernes mendedahkan bahawa situasi itu mungkin akan terjadi selepas Piala Dunia 2018 ini berakhir.

Setelah Nabil Fekir melakukan pemeriksaan kesihatan, temuramah bersama Liverpool dan sesi bergambar, Lyon mengeluarkan kenyataan bahawa Fekir masih lagi pemain mereka untuk musim hadapan setelah berhasrat untuk tidak meneruskan lagi perbincangan mengenai penjualan pemain tersebut.

Dan perpindahan Nabil Fekir ini bukanlah satu satunya perpindahan yang tidak menjadi kenyataan …..

VIRGIL VAN DIJK

Yang paling terkini sebelum Nabil Fekir. Menjadi buruan Liverpool sepanjang musim panas 2017 dan juga pemain itu berhasrat untuk ke Anfield, Liverpool terpaksa melupakan pemain itu apabila Southampton memfailkan aduan kepada Premier League bahawa terdapatnya unsur ” tap up” dalam perpindahan.

Liverpool terpaksa memohon maaf kepada Southampton dan perpindahan itu tidak menjadi kenyataan hingga pintu perpindahan ditutup pada 31 Ogos 2017 dan segala perbincangan tidak akan berlaku.

Apa Yang Terjadi Selepas Itu? 

Liverpool FC akhirnya mendapatkan Virgil Van Dijk pada akhir Disember 2017, sekaligus menjadi pemain termahal mereka ketika ini dengan nilai £75 juta.

LOIC REMY

Brendan Rodgers mahu membawa pemain ini ke Liverpool sebagai pengganti ke atas Luis Suarez pada 2014.

Beliau yang berharga cuma £8 juta di ambang perpindahan dari QPR apabila pakar perubatan di Melwood mengesan kelainan yang terdapat pada jantungnya. Beliau dianggap gagal dalam ujian perubatan di Melwood.

Apa Yang Terjadi Selepas Itu?

Loic Remy akhirnya berpindah ke Chelsea, dengan nilai perpindahan £10 juta dengan kontrak 4 tahun. Selepas 2017 2018, beliau berhijrah ke Las Palmas setelah bermain di Crystal Palace selama semusim secara pinjaman.

Manakala Liverpool pula mendapatkan khidmat Mario Balotelli, di mana ianya dianggap antara perpindahan yang teruk dengab penyerang Itali itu mengakhiri musim 2014 2015 dengan 1 gol sahaja dan The Reds terkeluar dari Top 4 sekali lagi.

YEVHEN KONOPLYANKA

Pengarah Sukan Ian Ayre ketika itu berada di Ukraine selama 48 jam cuba untuk memujuk presiden Dnipro menjual pemain sayap itu.

Ayre percaya Liverpool akan mendapatkan pemain sayap itu setelah kembali dengan tawaran untuk mengaktifkan klausa perpindahan pemain tersebut dengan nilai £15 juta. Pemain itu sendiri telah menjalani pemeriksaan perubatan dan bersetuju dengan kontrak jangka panjang di Anfield.

Namun perpindahan itu gagal direalisasikan apabila presiden Dnipro enggan menandatangani dokumen untuk melengkapkan perpindahan tersebut.

Pemain itu kekal di Dnipro hingga waktu perpindahan ditutup pada jam 11 malam waktu tempatan.

Apa Yang Terjadi Selepas Itu?

Ketika itu Liverpool berada pada tahap terbaik untuk mencabar kejuaraan liga. Kegagalan mendapatkan beberapa pemain seperti Konoplyanka dan juga Mo Salah sebelum itu menyebabkan Rodgers terpaksa meletakkan kepercayaan kepada pemain kelab sedia ada seperti Victor Moses dan Iago Aspas.

Liverpool akhirnya terlepas kejuaraan liga apabila gagal mencatatkan keputusan memberangsangkan di penghujung saingan.

Konoplyanka akhirnya ke Sevilla pada 2015 manakala pemain sayap yang asalnya mahu dibawa ke Anfield, Mo Salah akhirnya menyertai kelab itu.

LEE BOWYER

Gerard Houllier mahu membawa pemain Leeds United itu ke Anfield. Persetujuan nilai perpindahan sebanyak £9 juta telah dicapai, dan ejen pemain itu telah ke Melwood. Namun pembantu pengurus menyatakan Lee Bowyer tidak langsung menunjukkan minat untuk berpindah ke Liverpool. Liverpool terpaksa membatalkan perpindahan itu.

Apa Yang Terjadi Selepas Itu?

Bowyer akhirnya berpindah ke West Ham United pada Januari 2003, namun gagal membantu kelab itu kekal di Liga Perdana. Liverpool mendapatkan Salif Diao selepas itu.

ADMIN

Hanya satu perpindahan yang gagal menjadi kenyataan.

Adakah perpindahan masuk lagi yang gagal menjadi? Kongsikan bersama kami.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman