Analisis : Potensi Lawan Liverpool Di Pusingan Kedua 16 Pasukan UCL 2019 2020.

The Reds melayakkan diri ke pusingan kedua kalah mati setelah menewaskan Red Bull Salzburg 2 – 0 di halaman mereka. 

Keputusan ini meletakkan Liverpool selaku juara kumpulan E, meskipun Napoli mencatatkan kemenangan besar 4 – 0 ke atas Genk sekaligus The Reds akan menentang lawan yang lebih mudah di pusingan seterusnya. 

Menjelang 8 lagi perlawanan pada awal pagi esok, pasukan yang berpotensi menjadi lawan Liverpool dalam pusingan kedua kalah mati akan menjadi lebih jelas. 

Undian akan dilakukan pada Hari Isnin pada jam 11.00 pagi waktu tempatan ( Isnin 7.00 malam hari yang sama ) dengan Liverpool tidak akan diundi menentang kelab dari England dan Napoli. 

Tambahan pula, Liverpool hanya boleh menentang pasukan yang berada di kedudukan kedua setiap kumpulan dengan pasukan pilihan untuk bertemu Liverpool adalah sangat terhad. 

Kumpulan F menyaksikan Barcelona telah menduduki tangga teratas, apabila Borussia Dortmund berjaya memintas Inter untuk menduduki tangga kedua liga selepas menewaskan Slavia Pragu 2 – 1 sementara Inter tewas kepada Barcelona.

Kumpulan G menyaksikan RB Leipzig menduduki tangga teratas kumpulan, dengan Lyon berada di tempat kedua sementara Zenit harus akur untuk bermain di Europa League. 

Sementara Kumpulan H menyaksikan pasukan semifinal UCL musim lepas, Ajax terpaksa bermain di Europa League apabila tewas kepada Valencia di halaman sendiri dengan Chelsea menduduki tangga kedua kumpulan.

Esok merupakan perlawanan yang melibatkan kumpulan A hingga D.

PSG yang diletakkan bersama Real Madrid dalam kumpulan A, bakal mengakhiri pusingan ini selaku juara kumpulan dengan Real Madrid juga telah mengesahkan kelayakan di pusingan kedua selaku naib juara kumpulan. 

Bayern Munich dan Spurs masing masing telah melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam kumpulan B meskipun terdapat jurang 5 mata antara Bayern selaku juara kumpulan dan Spurs selaku naib juara kumpulan.

Man City sudah sah melayakkan diri dalam kumpulan C. Manakala Shakhtar Donetsk dijangka mengiringi pasukan kendalian Pep Guardiola itu ke pusingan seterusnya walaupun terpaksa menewaskan Atalanta yang kini menduduki tangga keempat kumpulan

Namun Atalanta mampu melayakkan diri jika Atalanta menewaskan Shaktar Donetsk dan Man City menewaskan Dinamo Zagreb. Saingan di Kumpulan C masih terbuka buat masa sekarang. 

Kumpulan D menyaksikan Juventus telah layak selaku juara kumpulan, dengan Atletico Madrid bersaing dengan Bayer Leverkusen untuk mengiringi skuad Maurizio Sarri. Bayer Leverkusen boleh menduduki tangga kedua jika berjaya menewaskan Juventus manakala Atletico Madrid tewas kepada Lokomotiv Moscow. 

Berikut adalah senarai potensi lawan Liverpool di Pusingan Kedua Kalah Mati.

Real Madrid, Shaktar Donetsk, Atalanta, Bayer Leverkusen, Atletico Madrid, Borussia Dortmund, Lyon. 

( Berhuruf condong : belum mengesahkan kelayakan )

Pasukan Yang Sah Berpotensi Menjadi Lawan Liverpool Selaku Naib Juara Kumpulan :

Real Madrid, Lyon, Borussia Dortmund

Pasukan Yang Tidak Diundi Bertemu Liverpool :

Tottenham, Chelsea, Napoli

ADMIN

Segala galanya akan terjawab pada Isnin hadapan. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman