Spurs Liverpool : 3 Perkara Penting Sebelum Perlawanan

Liverpool akan bertemu dengan Spurs di Wembley pada minggu ini, selepas menentang Man Utd pada minggu lepas, lawan yang kuat dalam 2 minggu berturut-turut bagi Liverpool. Dalam perbincangan mengenai perlawanan ini, ada beberapa perkara yang boleh kita diskusi. 3 perkara ini mungkin akan membincangkan mengenai apa yang seharusnya dilakukan oleh Liverpool dan ianya pasti akan membuahkan kemenangan kepada Liverpool. Bagaimanakah kombinasi trio tengah Liverpool? Peminat mengatakan tentang ingin masukkan Milner dan digantikan dengan Henderson. Pada amnya, itu adalah pendapat yang agak ‘pesimis’ kepada Henderson dan menutup kelemahan Emre Can. Mengapa?…

Read More

Spurs vs Liverpool : Info Perlawanan Malam Ini

Perlawanan akan berlangsung di Wembley, dan perlawanan terakhir untuk gameweek 9. SEPAKMULA 4.00 petang waktu tempatan. Bermakna di Malaysia adalah jam 11.00 malam. TONTONAN Untuk yang berada di England, Sky Sport ada menyiarkan siaran langsung perlawanan ini. Manakala di Malaysia, siaran boleh diikuti menerusi Astro 816 / 834 HD. Tiada khidmat link live streaming dan live FB dari halaman ini, namun jika ada link dari mana mana sumber kami akan kongsikan. PENGADIL PERLAWANAN Andre Marriner. Beliau telah terlibat dalam mengendalikan perlawanan Liverpool sebanyak 35 kali, di mana Liverpool mencatatkan kemenangan…

Read More

Spurs vs Liverpool : 4 Persoalan Yang Harus Diselesaikan Klopp Menjelang Pertemuan Di Wembley

Kemenangan besar di Maribor, namun akan ada beberapa perubahan menjelang perlawanan penting esok. Setelah mereka menghidupkan cabaran UCL Selasa lepas, skuad Klopp akan cuba untuk menghidupkan semula peluang untuk bersaing dalam kancah liga pula. Namun cabaran yang bakal diberikan oleh Spurs amat sekali berbeza dari Maribor. Keletihan bukanlah faktor utama bagi skuad Liverpool setelah mempunyai masa rehat dan berlatih selama 5 hari. Dan begitu juga minggu seterusnya, tiada sebarang perlawanan pertengahan minggu. Namun yang pasti adalah adanya perubahan dalam pasukan dan Jurgen Klopp sendiri harus melakukan keputusan penting sebelum beliau…

Read More

Raymond Verheijen Mengecam Pendekatan Sistem Latihan Klopp Dan Conte

Beliau mendakwa program latihan kedua dua pengurus itu sudah ketinggalan zaman. Bekas pembantu pengurus Wales ini menyatakan menerusi laman sosial mendakwa Jurgen Klopp adalah orang yang bertanggungjawab ke atas kecederaan pemain di atas sistem latihan yang keras. Beliau bertindak di atas laporan Times bahawa sebahagian pemain Chelsea tidak gembira dengan sistem latihan Conte dengan mendakwa : “Tahun lepas Conte tidak mengalami situasi itu kerana Chelsea tidak bermain di kancah Eropah dan pemain mempunyai lebih masa untuk pulih”. “Amat mengejutkan apabila pengurus berkualiti seperti Conte masih tidak faham akan kesan keletihan…

Read More

Maribor vs Liverpool : Info Perlawanan Awal Pagi Ini.

Pertemuan ke atas kelab ini buat pertama kali dalam kancah UCL di Slovenia. SEPAKMULA Masa standard UCL, jam 7.45 malam waktu tempatan. Di Malaysia, 2.45 pagi. TONTONAN Perlawanan boleh disaksikan di UK menerusi BT Sports, ESPN. Di Malaysia, saluran tontonan adalah melalui Astro 816 / 834 HD. Kami tidak menyediakan khidmat untuk link live FB dan live streaming, tetapi jika ada kami akan kongsikan. Jika ada. PENGADIL PERLAWANAN Victor Kassai dari Hungary. Pengadil ini telah mengendalikan perlawanan melibatkan Liverpool sebanyak 2 kali, pertama kali ketika perlawanan UCL 2014 2015 menentang…

Read More

Tiga Perkara : Menjelang Pertemuan Maribor – Liverpool

Berikut adalah dua persoalan utama bakal dijawab menjelang pertemuan UCL pertama kedua dua pasukan. Pertama : Keupayaan Untuk Menterjemahkan Peluang Kepada Gol. Berbalik kepada 12 bulan lepas, skuad Liverpool ketika itu mampu menterjemahkan peluang menjadi gol dari pelbagai situasi sekalipun. Namun buat masa sekarang, Liverpool sebenarnya lebih banyak mencipta peluang melebihi Man City, cuma yang merunsingkan adalah mereka menjaringkan 16 gol kurang daripada kelab tersebut dalam kancah liga. Mereka mempunyai barisan serangan yang kurang ampuh untuk merobek gol lawan, namun lebih ‘fluid’ dalam merencana serangan. Dengan ketiadaan Sadio Mane yang…

Read More

Diskusi: Adakah Klopp Terlalu Lewat & Kurang Impak Dalam Pertukaran Pemain

Liverpool hanya mampu seri 0-0 dengan Man Utd dalam pertarungan kelapan bagi kedua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 di Anfield pada kali ini. Pada sekitar minit ke 60, Jose Mourinho telah memasukkan Lingaard dan menggantikan dengan Mkhirtaryan. Manakala Rashford di masukan berselang beberapa minit selepas itu menggantikan Anthony Martial. Jurgen Klopp hanya menunggu pada minit ke 78 dengan melakukan 2 pertukaran sekaligus memasukkan Alex Oxlade Chamberlain dan Daniel Sturridge dan menggantikan dengan Philippe Coutinho dan Mohamed Salah. Perlawanan berbaki 5 minit lagi, Dominic Solanke dimasukkan yang menggantikan Roberto…

Read More

Liverpool 0 Man Utd 0: Rating Pemain

Liverpool menerima kunjungan Man Utd dalam perlawanan kelapan ini. Perlawanan berakhir dengan 0-0. Pujian diberikan kepada defensif kerana berjaya mendapatkan “cleansheet” sejak Kali terakhir pada bulan lepas menentang Arsenal. Namun, barisan penyudah sedikit tumpul. Simon Mignoket – 6.5 Menyelamatkan rembatan daripada Lukaku dalam minit akhir separuh masa pertama. “Bersahaja” dalam separuh masa kedua kerana tiada sebarang ancaman. Joe Gomez – 6.5 Menyebabkan Anthony Martial “terdiam” pada separuh masa pertama. Solid dalam separuh masa kedua juga, yang turun “mendiamkan” peminat yang mempertikaikan mengapa pemain ini diturunkan. Sama seperti Moreno, hanya perlu…

Read More

Liverpool vs Manchester United : Info Perlawanan Malam Ini

Pertembungan dua seteru dan dua kelab terbaik di Northwest England malam ini. SEPAKMULA Jam 12.30 tengah hari di Merseyside. Dan bermakna di Malaysia pada jam 7.30 malam. TONTONAN Di Malaysia, siaran langsung dapat diikuti menerusi Astro Supersports 816 / 834 HD. Jika anda berada berdekatan dengan TGV, tontonan siaran langsung boleh diikuti menerusi siaran layar perak di sana namun sila semak panggung wayang mana yang menyiarkan siaran ini. Jika ada link live streaming dan live fb, kita akan cuba bantu. Facebook sangat tegas sekarang berkaitan live FB. PEMAIN TUMPUAN Liverpool…

Read More

Analisa: Senarai Perlawanan Yang Bakal Terlepas Bagi Sadio Mane

Sadio Mane adalah pemain utama pada pasukan Liverpool sejak berpindah daripada Liverpool pada musim lepas. Pada musim lepas, Sadio Mane telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Liverpool Tahun 2017 bagi kedua kategori iaitu kategori Pilihan Peminat dan Pilihan Rakan Sepasukan. Jika diimbau pada musim lepas, Sadio Mane terlepas aksi bersama Liverpool bermula Januari hingga Februari dan ketika itulah Liverpool mengalami ketidaktentuan bermula Januari 2017 hingga Mac 2017. Selepas itu, Sadio Mane pula masih cedera dalam beberapa perlawanan menjadikan barisan Liverpool ‘haru biru’ dan Sadio Mane tidak boleh bermain hingga penghujung musim.…

Read More

Analisa : Bagaimana Prestasi Pasukan Eropah Dalam Kumpulan E Liga Juara Eropah Di Liga Masing-Masing

Minggu ini, Liverpool akan datang ke Russia dan Sevilla akan menerima kehadiran skuad Maribor dalam perlawanan kedua, Liga Juara Eropah pada pertengahan minggu ini. Skuad Liverpool akan merentasi sekitar 2,000 km daripada England, namun, berkemungkinan berita prestasi Spartak Moscow di liga mungkin memberi input positif. SPARTAK MOSCOW Spartak Moscow hanya seri 2-2 dengan pasukan bawahan liga, Anzhi Makhackala yang meneruskan prestasi buruknya di Liga Perdana Rusia ketika ini. Pasukan ini hilang walaupun mendahului 2-0 pada perlawanan tersebut, termasuk sepakan penalti daripada Luiz Andriano pada perlawanan perlawanan. Pasukan Anzhi berjaya menyamakan…

Read More

Analisa : Apakah Pilihan Yang Ada Buat Jurgen Klopp Setelah Kehilangan Sadio Mane?

“Sumpahan” perlawanan antarabangsa akhirnya menjadi kenyataan. Sadio Mane tidak akan menyarung jersi Liverpool dalam kesebelasan utama apabila ditimpa masalah hamstring ketika kemenangan Senegal ke atas Cape Verde dalam kempen kelayakan Piala Dunia. Buat Jurgen Klopp, kecederaan itu seemestinya merunsingkan beliau di kala menjelang perlawanan penting menentang Manchester United di Anfield hujung minggu ini. Liverpool sangat terdesak mencipta kemenangan untuk mengembalikan semangat yang hilang setelah hanya mencatatkan 1 kemenangan dari 7 perlawanan sebelum ini. Kehadiran Mane dalam skuad Liverpool semestinya sangat penting. Mengikut statistik, purata gol yang dijaringkan Liverpool semasa pemain…

Read More