Anda Dalam Masalah – Thierry Henry

Liverpool membenam musuh Merseyside dengan kemenangan 5-2 keatas Everton di Anfield.

Bekas penyerang Arsenal tersebut percaya ancaman Liverpool agak menakutkan dalam Premier League setelah memalukan Everton di Anfield.

Reds menjaringkan 4 gol sebelum tamat separuh masa pertama, walaupun Everton berjaya menjaringkan dua gol namun Reds gagal dibendung apabila menjaringkan gol kelima perlawanan untuk mengekalkan tekanan kepada pencabar terdekat.

Dikala Jurgen Klopp menghadapi cabaran untuk menghadapi jadual yang padat di bulan Disember, namun ia kelihatan tanda yang baik untuk pasukan kendalian Klopp ketika ini dan Henry percaya kelab-kelab  di Premier League seharusnya berhati-hati.

Henry bercakap di dalam Amazon Prime Video :

“Anda harus lihat betapa matangnya Divock Origi ketika ini. Dia akan menyebut pasukan, kumpulan dan para pemain.  Setiap kali kami bertanya mengenai mencipta sejarah, dia menyebut kembali pasukan, kumpulan dan para pemain.”

Setiap masa, dimana mentaliti mereka seperti disaat itu dan ianya menakutkan kerana apabila pasukan berfikir seperti itu, anda dalam masalah!”

Liverpool kembali ke aksi Premier League pada minggu ini, akan berkunjung ke  Bournemouth sebelum perjalanan ke Austria menentang RB Salzburg pada peringkat penentuan peringkat kumpulan.

Admin :

Ini yang disebut mentaliti pasukan yang bermain demi kelab dan bukannya individu semata-mata. Good luck boys!

Post Author: Nazz Adam