Andrew Robertson Dipanggil Menyertai Skuad Kebangsaan Scotland

Beliau dipanggil untuk menghadapi 2 perlawanan persahabatan selepas persembahan memberangsangkan bersama Liverpool.

Robertson telah dipanggil untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Moreno akibat kecederaan, memberikan persembahan memukau hinggakan beliau mengekalkan posisinya buat masa sekarang.

Selaku pilihan pertama di Liverpool, tidak hairanlah beliau dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan yang akan beraksi sejurus selepas Gameweek 31.

Robertson adalah 27 pemain yang dipanggil oleh Alex McLeish untuk menentang Costa Rica dan Hungary, di mana beliau memberikan lebih banyak muka baru untuk beraksi kali ini.

Hingga sekarang, Robertson memiliki 19 caps antarabangsa bersama Scotland dengan 2 gol, dan merupakan figura popular yang dipanggil mewakili negara tersebut.

Pemain berusia 24 tahun ini adalah antara beberapa pemain Liverpool yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan minggu hadapan.

McLeish menamakan pemain di dalam skuadnya lebih awal walaupun ianya bergantung dengan kecergasan pemain selepas minggu ini.

Pada masa yang sama, beberapa pemain turut akan menentang rakan sepasukan sesama sendiri dengan pertemuan England dan Netherland pada minggu hadapan.

Emre Can dan Roberto Firmino turut akan bertemu sesama sendiri apabila Brazil akan menentang Germany, manakala Mo Salah bersama Egypt akan menentang Portugal dan Greece.

ADMIN

Diharap mereka kembali dari tugasan antarabangsa tanpa sebarang kecederaan serius selepas ini.

Sumber : This Is Anfield 

Related posts