Andy Robertson Bakal Diberikan Kontrak Jangka Panjang Baru Di Liverpool

Difahamkan beliau akan menerima kenaikan gaji dua kali ganda sebagai ganjaran prestasi beliau yang terbaik di musim pertamanya.

Pemain itu dibawa masuk dari Hull City dengan nilai £10 juta musim lepas – dan nilai pembelian itu dikatakan amat berbaloi apabila beliau muncul sebagai antara pemain pertahanan sisi yang terbaik di EPL buat masa sekarang.

Robertson masih mempunyai baki kontrak selama 3 tahun bersama Liverpool buat masa sekarang, namun difahamkan Jurgen Klopp dan Liverpool mahu pemain itu kekal lebih lama di kelab itu beserta dengan kenaikan gaji hampir dua kali ganda yang diterimanya sekarang.

Dijangka tawaran baru yang dikemukakan kelab menyaksikan pertambahan gaji pemain itu hingga mencecah £60,000 seminggu.

Bekas pemain Queen’s Park dan Dundee United tidak menyangka untuk mencabar slot kesebelasan utama dalam musim pertamanya bersama Liverpool.

Namun beliau cepat menyesuaikan diri dengan taktikal Jurgen Klopp dan dijangka akan menjadi pemain utama kelab pada musim ini.

Perbincangan antara kelab dan ejen beliau berlangsung dan dijangka akan diselesaikan secepat mungkin.

Robertson memulakan karier profesional bersama kelab Queen’s Park pada umur 18 tahun dan berpindah ke Dundee setahun selepas itu.

Tahun seterusnya beliau direkrut Hull City dan berada di kelab itu selama 3 tahun sebelum berhijrah ke Liverpool.

ADMIN

Memang sewajarnya beliau diberikan kontrak jangka panjang di Liverpool dengan bayaran yang lebih lumayan.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman