Andy Robertson Menyakat James Milner Menerusi Instagram Sempena Hari Jadi Beliau

Pemain pertahanan kiri Liverpool itu mengucapkan selamat hari lahir buat James Milner dengan cara yang melucukan hati. 

Ianya merupakan hari ulangtahun kelahiran James Milner yang ke 34 tahun, dan Andy Robertson mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan selamat hari lahir itu kepada rakan sepasukannya. 

Robertson di halaman Instagram beliau telah memuatnaik satu foto beliau dan James Milner menjalani latihan di Melwood. 

Namun apa yang melucukan adalah Robertson telah mengubah wajah Milner menjadi lebih tua dengan rambut beruban dan berkedut. 

Musim lepas ketika James Milner menjaringkan gol ke atas Cardiff, beliau telah meraikan jaringan itu dengan berpura pura menjadi orang tua yang berjalan dengan tongkat. 

Bercakap selepas perlawanan tersebut, beliau menyatakan sebab meraikan jaringan itu adalah kerana Virgil Van Sijk selalu mengusiknya supaya menggunakan tongkat kerana umurnya yang tua. 

James Milner setakat ini telah beraksi 204 perlawanan bersama Liverpool, lebih banyak dari mana mana kelabnya yang terdahulu dan mungkin akan diturunkan pada hari ini. 

ADMIN

James Milner berusia 34 tahun sekarang dan yang paling tua di kalangan pemain Liverpool.

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman