Anfield Akan Berubah Dari ‘Red’ Kepada ‘Pink’

Berdebar, seakan tidak percaya. Itulah kenyataannya . 😱

Ikon pop antarabangsa P!nk, telah mengesahkan akan mengadakan konsert di Anfield.

P!nk dengan konsert ‘Beautiful Trauma World Tour 2019’ akan datang ke Anfield pada hari Selasa, 25 Jun 2019, yang mana kali terakhir dia tampil di Liverpool pada 2009.

‘Beautiful Trauma’ merupakan album studio ketujuh oleh P!nk. Ia dikeluarkan pada 13 Oktober 2017.

Konsert jelajah ini telahpun bermula di Phoenix pada Mac tahun ini, yang menyaksikan sambutan meriah dari kalangan penonton di seluruh Amerika, Australia dan juga New Zealand.

Ini akan menjadi konsert secara langsung P!nk yang pertama di UK sejak 2013 dan yang pertama di Scotland sejak 2010.

Berikut, jadual jelajah konsert beliau :

18 June 2019 – Dublin, RDS Arena.

20 June, 2019 – Cardiff, Principality Stadium.

22 June, 2019 – Glasgow, Hampden Park.

25 June, 2019 – Liverpool, Anfield Stadium. 

29 June, 2019 – London, Wembley Stadium.

30 June, 2019 – London, Wembley Stadium.

Turut serta yang menyertai konsert jelajah ini adalah Vance Joy, Kid Cut Up dan Bang Bang Romeo.

Admin : 

Hahaha bayangkan The Reds, jadi ‘The Pinks’, kikiki .. 🤭😋

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds