Brazil Memanggil Coutinho & Firmino

Pengurus skuad kebangsaan Brazil telah membuat kelainan dengan mengeluarkan senarai untuk perlawanan bulan Oktober nanti lebih awal.Dan dengan gembiranya dimaklumkan,dua pemain Liverpool FC telah terpilih untuk mewakili skuad Samba Boys ini.Mereka berdua ialah Philippe Coutinho dan Roberto Firmino.

Coutinho mengekalkan tempatnya di dalam skuad setelah cemerlang pada ‘call up’ yang lepas.Beliau telah berjaya membantu Brazil menang dalam dua perlawanan bertemu Colombia dan Ecuador.

Firmino pula menjadi pilihan setelah aksi meyakinkan di awal-awal musim ini.Dua gol jaringannya membantu pasukan kejurulatihan Brazil untuk menyenaraikan beliau di dalam skuad.

Hanya 4 orang pemain dari Liga Perdana terpilih iaitu Coutinho,Firmino dan dua pemain Chelsea,Willian serta Oscar.

Good luck Coutinho & Firmino!!

#ynwa

Post Author: LMREDS Writer