Cadangan Semula Teres Berdiri. Gelombang Kedua The Kop?

BERITA GEMBIRA?

 

Salah satu kumpulan peminat Liverpool FC yang terbesar, Spirit Of Shankly telah mula membincangkan kemungkinan untuk memperkenalkan kembali teres berdiri yang selamat buat penyokong di Anfield untuk mengembalikan suasana nostalgia yang pada satu ketika dahulu menjadi sesuatu yang simbolik buat The Kop.

 

Spirit Of Shankly atau S.O.S adalah sebuah badan/organisasi tidak rasmi yang ditubuhkan oleh peminat Liverpool F.C. Dinamakan sempena bekas pengurus Liverpool iaitu Bill Shankly, organisasi S.O.S. telah ditubuhkan pada awal tahun 2008 oleh peminat yang kebanyakannya tidak berpuas hati dengan bekas pemilik Liverpool F.C.,Tom Hicks dan George Gillett. Ia kemudiannya berkembang menjadi wakil ahli-ahlinya (penyokong Liverpool F.C.) dalam isu-isu seperti tiket, perjalanan kelab serta masyarakat. Matlamat utama mereka juga adalah untuk memperjuangkan peluang peminat menjadi sebahagian dalam pemilikan LFC untuk jangka masa yang panjang.
Spirit Of Shankly atau S.O.S adalah sebuah badan/organisasi tidak rasmi yang ditubuhkan oleh peminat Liverpool F.C. Dinamakan sempena bekas pengurus Liverpool iaitu Bill Shankly, organisasi S.O.S. telah ditubuhkan pada awal tahun 2008 oleh peminat yang kebanyakannya tidak berpuas hati dengan bekas pemilik Liverpool F.C.,Tom Hicks dan George Gillett. Ia kemudiannya berkembang menjadi wakil ahli-ahlinya (penyokong Liverpool F.C.) dalam isu-isu seperti tiket, perjalanan kelab serta masyarakat. Matlamat utama mereka juga adalah untuk memperjuangkan peluang peminat menjadi sebahagian dalam pemilikan LFC untuk jangka masa yang panjang.

 

DI DALAM FASA PERBINCANGAN:

 

Dipercayai beberapa perkara penting telah dibincangkan ketika Mesyuarat Agung Tahunan mereka, antaranya adalah mempertingkatkan hubungan dan komunikasi bersama penyokong serta harga tiket semasa perlawanan. Namun, agenda utama mesyuarat adalah perbincangan untuk mengusulkan pengenalan semula teres berdiri. Mereka memberi bayangan awal teres berdiri yang dicadangkan akan dipasang lengkap dengan palang besi di hadapan setiap barisan tempat duduk. Tambah mereka, penyokong pula akan terus membeli tiket mengikut tempat duduk seperti sekarang dan berdiri sepanjang perlawanan berlangsung. Tujuan palang besi dipasang pula adalah untuk mengelakkan penyokong daripada terjerumus jatuh secara besar-besaran di kawasan tersebut, terutamanya ketika gelombang sorakan meraikan jaringan gol atau insiden-insiden menarik ketika perlawanan sedang berlangsung. 

 

S.O.S bertindak sebagai medium kepada penyokong Liverpool FC until menyuarakan pendapat mereka kepada pihak urusan kelab.
S.O.S bertindak sebagai medium kepada penyokong Liverpool FC until menyuarakan pendapat mereka kepada pihak urusan kelab.

 

Persatuan-persatuan yang berkait dengan kelab seperti Hillsborough Family Support Group dan Hillsborough Justice Campaign juga telah dimaklumkan oleh Spirit Of Shankly dalam perancangan mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk melihat teres berdiri menjadi sebahagian dari Anfield semula. Mereka telahpun memulakan kempen secara online untuk meninjau pendapat para penyokong Liverpool FC.

 

ZAMAN-ZAMAN GEMILANG:

 

Kemunculan The Kop di Anfield telah bermula seawal tahun 1905-1906. Liverpool FC yang menjulang kejuaraan liga kedua pada akhir musim itu,menyaksikan para pengarah di kelab menghadiahkan kesetiaan peminat dengan membina tambak bata terbuka pada akhir jalan Walton Breck. Ia telah diitiraf sebagai Spion Kop oleh Ernest Jones dalam memperingati peristiwa di mana   jumlah besar darah Scouser telah terkorban di dalam pertempuran atas sebuah bukit di Afrika Selatan dengan nama yang sama semasa Perang Boer tahun 1900.

 

Pada tahun 1928, The Kop telah diubahsuai dengan penambahan teres dan bumbung besar untuk melindungi puluhan ribu peminat yang berkumpul untuk menonton permainan pasukan kesayangan mereka. Pasukan lain turut  menamakan teres berdiri mereka sebagai Kop tetapi dikhabarkan Anfield juga adalah yang asal dan terbaik.

 

Teres yang menempatkan peminat terbesar Liverpool FC sering dianggap sebagai salah “1 gol awal” oleh skuad The Reds di dalam setiap permainan mereka. The Kop yang amat bertenaga pada setiap perlawanan akan terus menerus bersorak dengan menyanyikan lagu-lagu pasukan antaranya sejurus sebelum perlawanan bermula dan selepas wisel penamat ditiupkan. The Kop akan terus menggunakan kekuatan sokongan mereka dan menjadi “magnet” untuk menyedut gol jika pasukan mereka ketinggalan di dalam perlawanan. Di dalam salah satu malam yang terkenal di kalangan The Kop, mereka telah melahirkan rasa gerun kepada Inter Milan pada perlawanan separuh akhir Piala Eropah taun 1965 dan ketika Suku Akhir Piala Eropah tahun 1977 menentang St Etienne apabila jaringan David Fairclough pada minit-minit akhir perlawanan meletakkan Liverpool di dalam landasan yang tepat untuk menjulang Piala Eropah pertama dalam sejarah kelab.

 

Peminat Liverpool ketika menonton perlawanan derby menentang Everton di Anfield pada tahun 1974.
Peminat Liverpool ketika menonton perlawanan derby menentang Everton di Anfield pada tahun 1974.

 

 

TRAGEDI:

 

The Kop diubahsuai menjadi tempat keramat pada tahun 1989 kepada 96 peminat yang terbunuh di Tragedi Hillsborough, ketika Liverpool menentang Nottingham Forest  pada 15 April tahun itu semasa perlawanan separuh akhir 1988-1989 Piala FA. Dengan 96 kematian dan 766 lain cedera, ia  merupakan tragedi yang paling teruk dalam sejarah sukan British, dan masih salah satu yang paling teruk direkodkan di seluruh dunia. Selepas kejadian yang menyayat hati para penyokong di Merseyside, laporan Taylor telah mencadangkan semua teres berdiri di stadium, termasuk The Kop diubahsuai menjadi tempat duduk sepenuhnya bagi mengelakkan kejadian sedemikian. Liverpool menentang Norwich City di Anfield dalam perlawanan terakhir liga musim 1993/94, di mana The Kop memberi penghormatan terakhir kepada teres bersejarah itu sebelum melabuhkan tirai terakhir. Ia adalah satu perlawanan di mana Jeremy Goss menjaringkan gol tunggal dan tiga mata kepada pasukan pelawat yang menundukkan The Reds, 1-0.

 

 

96 penyokong Liverpool terkorban ketika perlawanan Piala FA menentang Nottingham Forest di Stadium Hillsborough, Sheffield pada 15 April 1989.
96 penyokong Liverpool terkorban ketika perlawanan Piala FA menentang Nottingham Forest di Stadium Hillsborough, Sheffield pada 15 April 1989.

 

Sabot, 30 April 1994 adalah kali terakhir Spion Kop melabuhkan tirai, dan melambai kepada teres berdiri.
Hari Sabtu, 30 April 1994 adalah kali terakhir Spion Kop melabuhkan tirai dan mengucapkan selamat tinggal kepada teres berdiri.

 

Naskah risalah ketika zaman dahulu untuk perlawanan terakhir LIverpool FC di Anfield sebelum teres Spion Kop dirobohkan.
Naskah risalah ketika zaman dahulu untuk perlawanan terakhir Liverpool FC di Anfield sebelum teres Spion Kop dirobohkan.

 

Teres berdiri dirobohkan sepenuhnya pada Jun tahun 1994.
Teres berdiri dirobohkan sepenuhnya pada Jun tahun 1994.

 

KENAPA TIDAK?

Namun, The Kop pada zaman moden kini di Anfield masih mempunyai detik-detik istimewa. Kemeriahan suasana yang diwarnai warna merah dan pujian harus diberikan kepada kumpulan peminat Spion Kop 1906 yang menjadikan kibaran bendera dan slogan sojakan sebagai suasana yang luar biasa. Malah sehingga hari ini mereka masih mengekalkan tradisi itu, seperti yang diamalkan ketika teres berdiri masih menjadi sebahagian dari Anfield walaupun ia kini diubahsuai menjadi tempat duduk sepenuhnya. Masih ingatkan kita dengan keindahan malam ketika perlawanan di peringkat Eropah? Liverpool menewaskan Olympiakos di Anfield dengan kelebihan dua jaringan bersih untuk mara ke peringkat kalah mati pada musim 2004/2005. Liverpool menewaskan Arsenal 4-2 di Anfield pada musim 2007/2008 untuk mara ke peringkat separuh akhir? Liverpool menewaskan Borrusia Dortmund 4-3 di Anfield pada musim lepas? Dan lain-lain yang anda sendiri tahu jawapannnya sebagai penyokong The Reds. 

Walaubagaimanapun, setelah kita melihat Anfield yang tampil dengan wajah baru selepas Main Stand diperbesarkan kapasitinya yang mampu memuatkan lebih 54,000 orang, dijangka pelbagai inisiatif yang akan dipertengahkan pihak urusan kelab bagi menjamin kekuatan ikatan antara penyokong dan kelab kesayangan mereka.

 

YOU”LL NEVER WALK ALONE.

 

Spion Kop yang mengamalkan tradisi menyokong paskan kesayangan mereka dengan pelbagai sorakan serta kibaran kain rentang dari pelbagai saiz.
Spion Kop yang mengamalkan tradisi menyokong pasukan kesayangan mereka dengan pelbagai sorakan serta kibaran kain rentang dari pelbagai saiz.

 

 

Post Author: Bos LMreds