Karius Gunakan FIFA 2017 Sebagai Persediaan Awal Menentang Swansea.

Antara sebab mengapa peminat lebih suka kepada FIFA 2017 adalah permainan lebih realistik.


Bagi peminat permainan ini, ianya menjurus kepada satu platform untuk menggunakan sebagai rekreasi dan sosial bersama rakan rakan serta merasai nikmat sementara sebagai seorang ‘superstar’ bolasepak.

Manakala bagi pemain bolasepak sebenar yang bermain permainan ini, medium ini digunakan sebagai mengisi masa lapang antara rehat dan permainan atau latihan sebenar.


LORIS KARIUS? 

Loris Karius pula seperti pemain bolasepak profesional yang lain,   menggunakan platform permainan ini untuk mengisi masa lapang.

Gambar di bawah adalah satu post pada laman Instagramnya yang menunjukkan beliau sedang menikmati permainan FIFA 17.

img_20160930_121219
Petikan Instagram beliau yang menunjukkan beliau sedang bermain FIFA 17. Sumber : Daily Mirror.

Nampak biasa bukan? Standard la beliau juga manusia biasa,  mahukan keseronokan bermain permainan video.

Namun jika gambar itu dibesarkan, jelas kelihatan perkataan SWA dan LIV, yang merujuk kepada  perlawanan antara Swansea dan Liverpool.

Lihat gambar di bawah seperti yang didedahkan oleh Daily Mirror :

img_20160930_121503
Petikan dari akhbar Daily Mirror mendedahkan beliau bermain menentang Swansea.

Secara kebetulannya, Liverpool akan menentang Swansea di gelanggang lawan pada Sabtu ini dan Loris Karius telah dijelaskan bahawa beliau akan menjaga gawang Liverpool semula.

Inilah yang dinamakan PSIKOLOGI SUKAN,  di mana dapat memberi gambaran awal dan yang akan berlaku menjelang perlawanan sebenar.


ADMIN

Boleh tahan Loris Karius menjalani latihan di luar padang buat masa sekarang, semangat dan keterujaan beliau untuk menghadapi Swansea diterjemahkan hingga ke dalam sukan permainan video terkenal.

YNWA Loris Karius.

( Sumber : Daily Mirror)

Post Author: Mohd Nuruzzaman