Klopp Akan Bersara Lagi 10 Tahun

Jurgen Klopp, meluahkan sendiri yang beliau akan bersara dari dunia bolasepak, sebelum mencapai usia 60 tahun.

watermak copy

Sekarang, Klopp berumur 49 tahun. Di sepanjang kariernya, dia hanya menangani tiga kelab sahaja ..

  • Mainz (2001–2008)
  • Borussia Dortmund (2008–2015)
  • Liverpool (sekarang)

Klopp mula bersama Liverpool sejak tahun lalu. Walaupun, belum genap setahun, pengurusan The Reds telahpun menandatangani perjanjian kontrak yang baru, sehingga menjadikan kepada enam tahun. Seharusnya, Klopp akan kekal di Anfield, sehingga tahun 2022 depan. Dan, Klopp ada meluahkan yang, selepas perjanjiannya tamat, beliau tidak mahu lagi terlibat secara langsung dalam kancah bolasepak.

Yang berkaitan :

http://liverpoolmalaysianreds.com/2016/05/sehingga-ke-akhir-kerjaya-saya-klopp-ingin-bersama-liverpool/

Klopp bercakap kepada media Jerman, RedaktionsNetzwerk Deutschland, yang beliau satu hari nanti, pasti akan mengakhiri juga kerjaya beliau dalam dunia bolasepak. Sudah cukup dengan apa yang telah beliau kecapi, dan tidak mungkin beliau akan terus giat berlatih sehingga usia 60 tahun.

Dan, satu yang pasti adalah, Klopp akan kembali semula ke Jerman, untuk menghabiskan sisa hidupnya disana. Samaada untuk terus menjadi seorang pelatih, itu hanya masa yang  akan menentukan. Kerana beliau, tidak ada rancangan untuk mengganggu seseorang yang tidak mahu kehadiran beliau semasa di usia senja kariernya sebagai seorang jurulatih. (Sangat merendah diri !)

Bagi Klopp, jika hanya Mainz, Dortmund dan Liverpool sahaja yang ternyata menjadi tiga kelab untuk beliau latih diakhir kerjaya beliau, setidaknya, beliau telah melatih kelab-kelab hebat lagi besar, di sepanjang kehidupan beliau sebagai seorang pengurus.

Sumber : ESPN


Sebarang kemungkinan itu ada, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya. Kita patut bersyukur, dan nikmati segalanya kini, sementara beliau bersama kita. Selebihnya, biar Dia yang mengawal perjalanan ceritera cinta Klopp kepada Liverpool ini.

#ynwa
#oncearedalwaysared????

Post Author: Sepet LMreds