Jurgen Klopp “Benar-Benar Yakin” Terhadap Pertahanan Liverpool Walaupun Lakukan Kesilapan Ketika Menentang Crystal Palace

Jurgen Klopp tidak bimbang mengenai masalah pertahanan Liverpool, walaupun mereka membenarkan dua peluang kepada goal Crystal Palace dalam kemenangan 4-2 mereka di Selhurst Park.

Pengendali Jerman juga enggan menyatakan pasukannya boleh memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris jika mereka menyelesaikan kesilapan mereka.

Liverpool meneruskan rentak kecemerlangan mereka pada musim ini dengan sekali lagi melakar kemenangan pada awal pagi tadi- dengan hasil jaringan daripada Emre Can, Dejan Lovren, Joel Matip dan Roberto Firmino dan hanya perbezaan gol yang memisahkan Liverpool daripada tempat pertama.

Liverpool berkongsi  23 mata bersama Manchester City dan Arsenal, tetapi hanya satu pasukan (Liverpool) dalam 5 kedudukan teratas yang mempunyai 13 goal bolos, dan terbaru melalui dua tandukan Palace daripada James McArthur.

Skuad Klopp sangat bagus dalam serang di dalam kawasan lawan, namun sebenarnya pertahanan yang kuatlah yang akan memberikan kejuaraan liga, dia membalas: “Kami akan menyusun semula pertahanan. Jadi apa berlaku, kami akan lihat.”

“Mereka mampu bertahan dengan cukup bagus; ia normal [untuk mempunyai kesilapan]. Saya tahu bahawa semua orang akan bercerita ini,”

“Tetapi saya tidak masuk bilik persalinan dan berkata ‘Anda seorang pertahanan yang sangat teruk, dan anda ialah penjaga gol, di mana kamu?’

“Mereka semua manusia, kita bekerja ke atasnya. Saya benar-benar yakin tentang kualiti.

“Jika mereka membuat kesilapan dan kemudian kekal dalam permainan itu, ia satu ujian sangat baik untuk mereka, dan mereka dapat berdiri semula.

“Saya gembira dengan tindak balas [untuk menafikan]. bukan dalam keadaan, bukan dengan gaya permainan, itulah yang kita perlu usahakan , tetapi saya gembira dengan tindak balas.

sumber: thisisanfield

Post Author: LMREDS Writer