Klopp : Liverpool Beraksi Seperti Budak

Jurgen Klopp ternyata sempat meluahkan sedikit rasa ketidakpuasan hati beliau, ketika menyaksikan aksi Liverpool di 15 minit pertama perlawanan, ketika menentang Crystal Palace, Sabtu lalu.

watermak copy

Liverpool yang bertandang ke Selhurst Park pada perlawanan ke-10 Premier League untuk berhadapan dengan Crystal Palace. Perlawanan ini sendiri berlangsung sengit, tapi begitu menarik. Ini kerana, dengan satu perlawanan ini sahaja, berjaya dijaringkan enam gol, dan Liverpool pulang sebagai pemenang dengan keputusan terakhir, 4-2.

Empat gol Liverpool telah dijaringkan oleh Emre Can, Dejan Lovren, Joel Matip dan Roberto Firmino. Manakala, dua lagi gol dijaringkan oleh tuan rumah, yang mana kesemuanya hasil jaringan oleh James McArthur. Klopp, walaupun begitu gembira dengan kemenangan Liverpool, tetap juga merendah diri, dengan mengakui tentang ketidakpuasan hati beliau terhadap aksi skuad The Reds di 15 minit pertama perlawanan.

Yang mana menurut Klopp, Liverpool mempamerkan aksi permainan seperti pasukan kanak-kanak, tidak menganas, seakan tenggelam punca.

Klopp, seterusnya ditanya dengan lebih terperinci, apa yang dimaksudkannya dengan permainan Liverpool seperti kanak-kanak. Klopp mengatakan yang, aksi permainan Liverpool seperti pasukan kanak-kanak, ketika menyerang pasukan lawan untuk 15 minit pertama perlawanan..

Semuanya terkait sekali, aksi-aksi menyerang dan kesalahan pertahanan yang menyebabkan terjadinya gol pertama dari pihak lawan, semuanya adalah kerana Liverpool hilang tumpuan.

Kata Klopp lagi, perlawanan yang pada awalnya dianggap mudah. Walaupun Liverpool sentiasa bergerak mencari ruang, dan berjaya melepasi pertahanan pihak lawan, tapi Liverpool tetap tidak dapat untuk menjaringkan gol, dan itu yang menjadi penghalang yang besar, untuk berusaha dengan lebih keras lagi bagi menjaga Liverpool kekal aggresif pada ketika perlawanan tersebut.

Sumber : Goal

#ynwa
#oncearedalwaysared????

Post Author: Sepet LMreds