Analisa Perpindahan: Tiada Perasaan Terlalu Sedih Kehilangan Agger

Setelah Torres dan Suarez keluar, saya sudah tidak merasakan sebarang perasaan sekiranya mana-mana pemain keluar terutama yang bukan daripada akademi atau lahir di Liverpool.

Ini kerana ianya adalah satu pekerjaan dan minat kita kadang-kadang melampaui batas-batas norma manusia kerana mencemuh dan pelbagai yang lain.

Untuk Agger, admin rasakan ianya sangat memberi manfaat kepada ketiga-tiga pihak iaitu Liverpool, Agger dan Brondby serta Denmark.

Agger kelihatan kehilangan punca prestasi sejak beberapa musim yang lepas. Jika dianalisis, Agger merupakan bek tengah yang terbaik hanya dihadapan Toure sahaja tetapi jauh di belakang Skrtel dan Sakho. Apabila pembelian Lovren, ianya menunjukkan jalan keluar bagi Agger.

Jika diimbau kepada sejarah, Agger antara pembelian yang berbaloi dalam 10 tahun yang lepas. Ya, dia mempunyai skil yang tinggi namun kita tidak mampu untuk berpegang kepada sejarah lama sama seperti penurunan prestasi Reina , walaupun banyak pertikaian di antara Reina vs Mignolet.

Selain itu, Agger mempunyai kualiti pegangan bola, hantaran bola, tendangan tajam dan lain-lain. Namun, kita tidak boleh menidakkan prestasinya menurun mendadak sejak 3 tahun yang lepas jika dianalisis daripada pelbagai applikasi yang ada.

Selain itu, Agger juga antara penerima gaji terbesar yang tidak bermain sebagai pemain utama selain daripada Lucas dan Johnson dimana gaji Agger dikatakan pada kadar 70k-85k seminggu yang memberi nilaian 3.5 juta setahun. Agger juga mengaku bahawa dia akan berundur kerana tidak mampu untuk menangani keperluan fizikal di EPL setiap minggu.

Bagi LFC, dengan penjualan Agger ianya melepaskan beban tanggungan kewangan yang ditanggung bagi seorang pemain simpanan. Selain itu, ianya juga akan memberi peluang kepada pemain remaja untuk berada di kesebelasan utama jika memerlukan dan ianya penting untuk perkembangan remaja yang mana sebelum ini sangat padat dengan pemain bek tengah.

Bagi Brondby, ianya satu pembelian yang berbaloi apabila Agger menafikan diri untuk berada di LFC. Ianya juga dilihat memberi hubungan perniagaan yang baik kerana dilaporkan LFC boleh mendapatkan mana-mana bakat daripada Brondby disebabkan nilaian harga 3 juta yang dijual kepadanya.

Bagi Denmark, ianya merupakan turning point kepada karier Agger dan ianya akan memberi kelebihan dan nafas baru kepada bahagian tengah Denmark akibat limitasinya bermain di LFC. Agger juga yang menyatakan dia tidak rela untuk berada di bangku simpanan dilihat telah melakukan tindakan yang tepat pada pendapat admin.

Diakhir nukilan admin, admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Agger. Dan admin cukup menghormati pendirian Agger yang tidak mahu bermain dengan kelab lain hanya kerana menghormati LFC. Dia juga telah menyatakan untuk menyokong LFC sehingga akhir hayat juga. Bagi admin, admin ingat 2 moment dengan Agger.
Yang pertama adalah ketika dia menjaringkan daripada jarak jauh hasil rembatannya dan yang kedua adalah gol di UCL mengalahkan Chelsea ketika itu daripada sepakan percuma Gerrard.

We love and gonna miss u.

Post Author: Bos LMreds