Ian Rush : Liverpool Bermain Lebih Baik Dari Pasukan Lain

Beliau mendakwa skuad Jurgen Klopp sekarang adalah antara pencabar kejuaraan liga.


download
Ian Rush Lagenda Liverpool FC. Sumber : ESPN

Menurut beliau dalam Today :

“Saya berfikir skuad Liverpool sekarang bermain lebih baik dari orang lain. Kami melihat mereka sentiasa menyerang, ia mengujakan!”

“Saya berfikir jika keadaan kekal begini hingga Krismas, kita sudah boleh memperkatakan tentang kejuaraan liga”.

Beliau juga memuji taktikal Klopp yang sentiasa menekan lawan dan serangan pantas.

“Saya sangat teruja. Klopp sangat menakjubkan.  Beliau mendapat pemain yang bagus”.

“Saya berpendapat beliau sedang berusaha untuk memperbaiki masalah di bahagian benteng. Beliau tahu,  dan beliau sedang usahakan sesuatu”.

Ian Rush berada di Singapura bersama lagenda Liverpool Gary McAlister dan juga Luis Garcia untuk menghadiri acara LFC World, di Singapore Suntec International Convention and Exhibition Centre.

img_20161104_141114


ADMIN

Ian Rush adalah Duta Liverpool,  yang telah menjaringkan 346 gol sepanjang kariernya.

( Sumber : ESPN)

Post Author: Mohd Nuruzzaman