Henderson : Saya Terhutang Budi Dengan Gerrard

Beliau sangat berterima kasih dengan Steven Gerrard dan impak ke atas karier Henderson sendiri.

watermak-copy

Menerusi kolumnya sendiri di ‘This Is Anfield’,  Henderson berkata :

“Bila kami di Liverpool mendengar beliau akan menggantung butnya, pelbagai emosi kami dapat rasai di sana”

“Ianya sangat mengejutkan,  ianya menggeletarkan tulang kaki saya sendiri apabila membaca ‘Steven Gerrard bersara’..”

“Namun akhirnya saya fikirkan saya terhutang budi buatnya. Saya bertuah kerana pernah bermain bersamanya, mempelajari banyak perkara melaluinya dan yang penting sekali mengenali beliau sebagai seorang pemain”.

“Saya fikirkan saya antara orang yang bertuah dapat mengenali beliau dari dalam dan luar padang, serta bagaimana beliau mengendalikan situasi di dalam dan di luar padang”.

“Saya masih teringat lagi ketika saya baru menandatangani kontrak untuk Liverpool FC. Sudah pasti perasaan takut itu ada kerana saya seorang remaja dari Sunderland dan sepanjang hidup saya menonton aksi beliau sebagai salah seorang pemain terbaik di England dan juga Eropah”.

“Saya cukup takut bila pertama kali berjumpa dengannya tetapi beliau sebenarnya mengalu alukan kedatangan saya dan jadikan kelab ini sebagai rumah serta sebahagian dari kelab”

“Tetapi itulah Stevie, beliau mempunyai aura yang kuat namun beliau memberi banyak tunjuk ajar kepada saya. Saya amat bertuah dapat kapten sepertinya dan beliau menerapkan unsur positif dalam diri kita secara tidak langsung”.

“Di dalam dan luar padang,  selaku kapten atau tidak dan bagaimana persepsi orang luar sekalipun tidak dapat mengatasi kebaikan Gerrard buat seseorang.  Saya boleh bercakap mewakili semua pemain di Liverpool yang mereka sangat terhutang budi untuk Gerrard dan berpeluang mempelajari sesuatu darinya”.

thumb_30791_default_news_size_5
Gerrard adalah seorang yang baik dari dalam atau luar padang menurut Hendo. Sumber : Liverpool FC

ADMIN

Sebenarnya kita semua termasuk pemain dan peminat turut terhutang budi dengannya,  segala keringat dan tenaga beliau dicurahkan dalam pasukan demi kegembiraan kita.

Dan Jordan Henderson adalah pewaris untuk legasi ketua pemain di Liverpool dan kita doakan kejayaan Liverpool untuk musim ini dan masa hadapan.

YNWA.

( Sumber : Liverpool FC )

Post Author: Mohd Nuruzzaman