Michael Owen – Dari Kawan Menjadi Lawan

Sebut sahaja Owen, pastinya rata-rata peminat liverpool mengenalinya. Ada yang menggelarkan beliau sebagai legend di anfield. Malah ada juga yang menggelar beliau sebagai judas dan pengkhianat. Namun realitinya nama beliau tetap terpahat sebagai salah seorang icon Liverpool.

Penyerang kelahiran Chester,England ini telah menjadi rebutan beberapa kelab besar ketika beliau masih lagi di sekolah menengah. Antara kelab yang inginkan beliau ketika itu adalah Arsenal, Manchester United dan Liverpool. Namun Liverpool berjaya memenangi perlumbaan untuk mendapatkan tandatangan Michael Owen.

Liverpool

Pemain berketinggian 1.73meter ini menyertai skuad senior Liverpool ketika musim 1996-1997. Namun berjaya menyusup ke skuad utama ketika musim 1997-1998 di kala Robbie Fowler cedera.

Prestasinya yang memberansangkan mendapat kepercayaan pengurus untuk terus berada di dalam kesebelasan utama pasukan. Pemain yang dilahirkan pada 14 Disember 1979 ini juga disenaraikan sebagai pemain termuda yang mencapai 100 gol bersama kelab.

Kemuncak Karier

Beliau mengejutkan ramai pihak apabila memenangi kasut emas EPL pada tahun 1998 (berkongsi tempat dengan Hasseilbank dan Yorke)

Pada Piala Dunia 1998 di France, Michael Owen telah dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Kejohanan disamping kejayaan England merangkul anugerah fairplay.

Prestasi baiknya bersama England dan Liverpool membuatkan namanya menjadi bualan ramai sebelum Piala Dunia 2002 bermula.

Michael James Owen, Gabriel Batistuta, Rivaldo dan Francesco Totti antara nama yang dijangka akan memenangi kasut emas kejohanan yang berlangsung di Jepun dan Korea Selatan itu. Namun sayang, England disingkirkan Brazil di suku akhir dengan jaringan 1-2 walaupun Owen menyumbat gol awal dalam perlawanan itu.

Tahun 2001 yang pastinya tidak akan dilupakan oleh penyerang licik ini. Tahun di mana Liverpool memenangi trebble di bawah kendalian Gerrard Houlier. Pada 18 Disember tahun itu juga Michael Owen dinobatkan pemain terbaik atau gelaran yang digunakan sekarang adalah ‘Ballon D’or’.

Michael Owen adalah pemain keempat England memenangi anugerah Ballon D’r selepas Stanley Matthews, Bobby Charlton dan Kevin Keegan.

Beliau mengenepikan cabaran Raul Gonzales (tempat kedua), Oliver Kahn(ketiga), David Beckham(keempat), dan Francesco Totti(kelima). Pada tahun itu juga, Sammi Hyppia dan Steven Gerrard tersenarai di dalam ’25 shortlist Ballon D’Or.

Real Madrid

Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tahun 2004 pastinya menyedihkan peminat Liverpool apabila menerima berita gempar Michael Owen berhijrah ke gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan yuran perpindahan 8juta pound dengan gaji 10,000 membuatkan beliau adalah pemain English yang menerima gaji tertinggi ketika itu.

Pasukan yang dibarisi bintang terkemuka itu membuatkan Owen terpencil di bangku simpanan. Tidak mampu menyusup ke skuad utama, owen dijual semula pada musim berikutnya.

Newcastle

Ketika Real mahu menjual Owen, pasukan Everton, Liverpool dan Newcastle menawarkan diri. Namun harga yang tinggi membuatkan Everton dan Liverpool membatalkan hasrat mereka. Newcastle pula bersepakat memecahkan rekod perpindahan mereka apabila membeli Owen dengan harga 16juta pound.

Menjalani beberapa musim yang baik diselangi dengan beberapa siri kecedaraan, Owen dilepaskan percuma oleh Newcastle pada tahun 2009.

Mahu Pulang Ke Liverpool

Diberitakan ketika itu Owen langsung menghubungi Jammie Carragher supaya memberitahu manager Liverpool untuk membawa beliau ke sana.

Namun berita yang diterima Owen mengecewakan apabila manager Liverpool ketika itu, Rafa Benitez menyatakan tidak memerlukan khidmat beliau.

Beliau berkata kepada LFCTV sebelum ini,

Perkara pertama yang saya lakukan selepas keluar dari Newcastle adalah menghubungi Carra. Saya minta dia bercakap kepada pengurus”

“Walaubagaimanapun, mereka (Liverpool) tidak mahukan saya. Saya masih cuba berusaha untuk kembali ke sana, tetapi tetap gagal”

“Tiga pasukan yang mahu menandatangani saya dengan serius ketika itu. Hull City, Everton dan Man United. Saya boleh pergi ke Hull. Tetapi saya mahu bermain di level terbaik selagi saya mampu”

“Liverpool tidak mahukan saya, jadi saya sertai Manchester United

Manchester United

Datang Hull City dan Manchester United menghulurkan kontrak kepada beliau ketika itu. Owen boleh memilih Hull, namun nafsu beliau untuk bermain di kelab besar sentiasa ada. Beliau membuat keputusan yang mencetuskan kemarahan dan kebencian seluruh peminat Liverpool apabila menurunkan tandatangan di kontrak milik Manchester United

Stoke

Bersama Manchester United hingga tahun 2012, beliau sekali lagi dilepaskan dan menyertai Stoke. Selepas menjaringkan 1 gol di Stoke dalam 8 penampilan, beliau mengumumkan persaraan pada tahun 2013.

England

Sepanjang karier beliau bersama England, Owen mencatatkan 40 gol dalam 89 penampilan.

Post Author: LMREDS Writer