Lucas Leiva: Apa Yang Membuatkan ‘Merseyside Derby’ Bermakna Buat Saya

Hampir satu dekad beliau berada di Anfield, Lucas Leiva tidak pernah meragui mengenai pentingannya perlawanan Merseyside derby dalam jadual perlawanan Liverpool.

sumber foto: Propaganda-Photo.com

“Saya fikir ianya mungkin perlawanan yang sangat penting bagi tahun ini,” kata pemain Brazil, untuk episod terbaru #LFCWorld.

“Sudah tentu, anda boleh terus maju ke peringkat akhir dalam saingan merebut piala, tetapi apabila jadual perlawanan diumumkan pada musim panas lalu anda pastinya akan mencari hari derby dan  kami tahu berapa ianya sangat bererti buat peminat.”

Semenjak menyertai Liverpool pada 2007, Lucas telah menentang pasukan Everton sebanyak 15 kali, dan dia berkata keinginan untuk mengalahkan pasukan The Blues setiasa membara sepertimana perasaan yang turut dialami oleh bekas rakan sepasukannya dahulu,  Steven Gerrard dan Jamie Carragher.

sumber foto: www.quora.com

“Dengan setiap derby saya rasa lebih beremosi, lebih bersemangat. Saya masih ingat ketika saya pertama kali datang, bagaimana Stevie dan Carra bermain pada perlawanan Darby itu; mereka sangat berbeza pada hari itu. Mereka seperti terkene renjatan elektrik, saya ingat Carra tidak boleh tinggal diam! ” Lucas menambah.

Derby yang pertama buat Lucas daripada 15 penampilan adalah salah satu perlawanan yang pastinya tidak akan dapat di lupakan.

Dalam perlawanan di Goodison Park pada Oktober 2007, dengan Liverpool waktu itu berjaya bangkit menyamakan kedudukan 1-1,  kira-kira 20 minit sebelum masa berakhir, ianya menjadi agak hairan apabila Rafa Benitez memilih untuk membawa Lucas masuk daripada bangku simpanan untuk menggantikan Gerrard pada ketika itu.

Lucas berjaya memberi sumbangan yang ketara dalam kemenangan The Reds pada waktu itu, setelah percubaan yang pastinya memberikan goal buat The Reds telah dihadang dengan tangan oleh Phil Neville – penalti kedua diberikan dan disempurnakan dengan baik oleh Dirk Kuyt .

sumber foto: This Is Anfield

Secara jujur, pada ketika itu, saya tidak fikir banyak untuk menggantikannya pada waktu itu, saya hanya sangat teruja dapat bermain di Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam perlawanan derby, bahawa saya tidak sedar berapa banyak tekanan yang saya ada pada ketika itu, ” pemain berusia 29 tahun itu mengimbas kembali debut pertamanya dalam liga perdana .

“Ianya mungkin membantu saya untuk menjadi jujur; melihat ke belakang mungkin ianya adalah adalah satu keputusan yang berisiko oleh Rafa kerana Stevie adalah pemain yang hebat dalam perlawanan tetapi saya hanya cuba untuk membantu pasukan.

“Saya rasa hadangan[oleh Neville] seperti memberitahu saya betapa sukarnya perjalanan saya di Liverpool ! Tetapi saya tidak boleh merungut. “

Untuk derby di Goodison pada hari ini, Lucas berkata: “Tiada pasukan pilihan dalam derby, ianya adalah perlawanan yang berbeza daripada yang lain, dan bergantung kepada siapa yang mahukannya lebih. Biasanya ianya akan diputuskan oleh beberapa perkara yang kecil. “

sumber: liverpoolfc.com

Post Author: LMREDS Writer