Philippe Coutinho Menang Anugerah Pemain Brazil Terbaik Eropah

Walaupun cedera, namun, Coutinho terus mendapat pengiktirafan dari pelbagai sudut sekarang. Seorang pemain yang tidak mahu dimiliki sebenarnya sebelum ini kerana tidak konsisten, namun, pembeliannya ketika kendalian Brendan Rodgers sangatlah dihargai hingga sekarang.

Philippe Coutinho memenangi anugerah Samba Emas 2016 untuk pasukan Brazil yang berada di Eropah.

Pemain berusia 24 tahun ini telah menerima undian daripada pelbagai sudut seperti wartawan, bekas pemain dan juga peminat dengan undian sebanyak 32.13 peratus undian.

Coutinho pada ketika ini sedang menjalani rawatan di bahagian buku lali dengan 13 gol sepanjang tahun 2016 dan dilihat meningkat dengan drastiknya apabila Jurgen Klopp mengemudi Liverpool.

Pemain tengah ini turut mewakili Brazil dan tampil dalam penampilan antarabangsa dalam skuad senior serta turut menjaringkan gol menentang Argentina, Bolivia dan Haiti (hatrik) dibawah kendalian pengurus Brazil baru, Tite.

Anugerah ini dilancarkan pada 2008 dan pemenang yang pernah memenanginya sebelum ini termasuk Kaka, Luis Fabiano, Maicon, Thiago Silva dan Neymar.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Bos LMreds