Georginio Wijnaldum Ajak Rakannya, Quincy Promes Sertai Liverpool

Sebelum ini, berita tentang minat Liverpool untuk mendapatkan Quincy Promes yang kini berada di Spartak Moscow telah dilaporkan.

Promes mempunyai abiliti yang terbaik dan mungkin mudah serasi dengan taktikal Klopp khasnya. Namun, pundit liga Rusia mengatakan, tidak mungkin Promes ingin berpindah kerana Promes mahu menang liga di Russia dan isu kesetiannya.

Baca : Liverpool Mungkin Berminat Dapatkan Quincy Promes

Baru-baru ini, Gini telah menjadi orang yang pertama yang komen dan meletakkan emoji tangan ditutup keduanya seperti memohon sesuatu di laman sosial peribadi Promes, yang ketika itu berada dalam jet peribadi.

Baca : Emoji Gini Di Laman Peribadi Promes menjadi tanda tanya

Akhirnya, Gini secara terbuka mengajak Promes menyertai Liverpool dan berkata,

Saya tahu Quincy mengetahui bagaimana hebatnya Liverpool itu, saya pun ketahuinya sebelum saya datang ke sini.

Pasti, saya mahukan Quincy menyertai Liverpool kerana saya tahu beliau adalah pemain yang bagus. Dan satu personaliti yang bagus yang mampu membantu pasukan.

Saya tak pasti adakah apa yang dilaporkan itu betul (berita perpindahan), saya tidak pernah bercakap denganya mengenai itu lagi.

Sekarang kami sangat bagus dan kami tak tahu apa yang akan berlaku dalam 2 bulan lagi. Kami perlu pastikan semuanya baik sebilang masa.

“It is going well now but we do not know how it will be going in two months so we must make sure we go all the time.

Quincy Promes adalah pemain berusia 24 tahun yang mampu untuk bermain dalam 6 posisi di hadapan dan sangat sesuai untuk bermain dengan didikan atau sistem Jurgen Klopp secara teoritikal.

Telah merekodkan 37 gol dalam 72 perlawanan untuk Spartak Moscow. Tampil sebagai pemain senior antarabangsa Belanda sebanyak 14 kali.

Pada musim ini, Quincy telah rekodkan 6 gol dalam 14 penampilan termasuk 6 bantuan gol.

Video Quincy Promes:

Post Author: Bos LMreds