Pemain muda Liverpool, Pedro Chirivella jaringkan gol profesional pertamanya!

Pedro Chirivella dipinjamkan ke kelab Go Ahead Eagles yang bermain dalam Eredivisie di Netherland telah menjaringkan gol profesional pertamanya ketika menentang Excelsior malam semalam.

Pedro Chirivella menyertai GAE untuk baki musim 2016/17

Liverpool membuat keputusan untuk meminjamkan Chirivella pada 6 Januari 2017 setelah pemain itu meluangkan masanya bermain bersama skuad bawah 23 tahun sejak bermulanya musim 2016/17. Debut pemain berusia 19 tahun itu adalah kekita kekalahan 3-1 di tangan AZ Alkmaar.

Bermain di tempat lawan, Go Ahead Eagles mendahului perlawanan apabila Pedro Chirivella menjaringkan gol seawal minit ke 9. Walaubagaimanapun, pemain Excelsior, Nigel Hasselbaink menyamakan kedudukan pada minit 27. Keputusan itu kekal hingga wisel penamat ditiup.

https://www.youtube.com/watch?v=MREjopB3kWk

Keputusan ini berjaya membantu GAE lolos daripada kedudukan tercorot liga apabila ketika ini menduduki tangga ke 17 dan Excelsior di tangga ke 14. Kekalahan Roda JC Kerk kepada NEC Nijmegen menyebabkan mereka tergelincir ke tangga terakhir. Feyenoord bimbingan ketua pasukan Dirk Kuyt kekal mendahului liga, 5 mata di atas pencabar terdekat Ajax.

Pemain ini dibeli dari Valencia pada 2013 dan untuk memastikan beliau berasa selesa, The Reds telah memindahkan keluarganya ke Liverpool serta memberikan mereka pekerjaan agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Perancangan ini membuahkan hasil apabila pada 7 Julai 2014, Chirivella diberikan kontrak profesional bersama Liverpool.

Tahniah diucapkan kepada Chirivella dan semoga berjaya membantu GAE keluar daripada zon penyingkiran.

Post Author: LMREDS Writer