Southampton Akan Melakukan Perpindahan Terhadap Sakho Di Saat Akhir?

Masa depan Sakho akan ditentukan dalam minggu ini apabila tidak bersama lagi dalam skuad utama LFC.


Liverpool mahukan £20 juta untuk beliau yang sekarang ini bermain dalam skuad bawah 23 tahun.

Southampton sekarang amat memerlukan seorang bek tengah selepas melepaskan pemain bek mereka,  Jose Fonte ke West Ham United dan kehilangan Virgil Van Dyk selama 10 minggu akibat kecederaan.

Pemain muda Jack Stephens dan Maya Yoshida menunjukkan prestasi memberangsangkan selepas kemenangan bermakna di Anfield dalam aksi EFL Cup awal pagi semalam.

Pengurus Claude Puel sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Sakho, yang telah digugurkan oleh Jurgen Klopp selepas melanggari beberapa peraturan semasa lawatan pra musim.

Pemain Everton Phil Jalgieka turut berada dalam radar Puel.

Sakho akan ke Southampton? Sumber : Getty

ADMIN

Pengurus France memang biasanya berminat dengan bakat France sendiri.

Good luck Sakho. Jasamu dikenang.

( Sumber : ECHO )

Post Author: Mohd Nuruzzaman