Wolves ‘Berhak’ Dalam Kemenangan Mengejut Piala FA Di Liverpool – Paul Lambert

LIVERPOOL – Paul Lambert percaya pasukannya Wolverhampton Wanderers  berhak untuk menyingkirkan Liverpool daripada saingan Piala FA. 

Richard Stearman meletakkan pasukannya di depan selepas hanya 52 saat perlawanan dimulakan menerusi tandukan hasil daripada sepakan percuma sebelum Wolves menggandakan kedudukan dengan gol Andreas Weimann melalui satu serangan balas.

Penyerang Liverpool Divock Origi menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-86, namun pasukan Championship itu kekal bertahan untuk merakamkan kemenangan buat kali pertama mereka di Anfield dalam saingan Piala FA.

“Saya fikir kami berhak,” Lambert pada sidang akhbar selepas itu. “Kami benar-benar lakukannya. Saya rasa gol pertama memberikan kami sesuatu yang benar-benar untuk bertahan. Tetapi pada serangan balas, saya fikir kami sangat luar biasa.

“Semua orang tahu bagaimana Liverpool mahu bermain, mereka mahu menyekat penguasaan bola, menang dengan jumlah yang tinggi di padang di mana mereka mempunyai jarak yang lebih dekat untuk menjaringkan goal -.. Semua perkara yang biasa mereka lakukan. Mereka mahu anda masuk ke dalam permainan mereka.

“Saya hanya fikir cara untuk mengalahkan mereka adalah dengan bermain lebih ke atas dan bermain secara serangan balas dalam aspek-aspek tertentu dan cuba dan menekan mereka apabila kami boleh. Saya fikir ia berfungsi dengan sangat baik. Saya fikir kami sangat hebat pada keseluruhan permainan. Kami berhak menang. “

 

Lambert sangat gembira dengan daya ketahanan pasukannya apabila pasukan Liverpool hanya berjaya menjaringkan goal pada lewat permainan.

“Ia adalah, kerana (penjaga gol)Harry (Burgoyne) tidak mempunyai aksi penyelamatan yang benar-benar mengujinya. saya rasa dia ada satu aksi hadangan bola yang baik bersama kakinya. anda tahu Liverpool akan datang pada anda, dan anda tahu apa yang akan berlaku.

“Tetapi kredit kepada mereka (pemain), kepada seorang lelaki, mereka cemerlang. Terdapat empat pemain berusia 18 tahun dalam skuad, jadi ianya adalah baik untuk perkembangan mereka dan ianya adalah baik untuk masa depan kelab ini dengan pemain lebih muda belajar bahawa ini adalah apa yang anda mahu untuk mrnjadikan sumber inspirasi. 

“Tetapi umtuk keseluruhan pasukan, walaupun pemain yang lebih tua, mereka sangat hebat.”

sumber: espnfc.com

Post Author: LMREDS Writer