Brendan Rodgers Bakal Cipta Rekod Perbezaan Mata Paling Banyak Di Eropah

Brendan Rodgers bakal mencipta rekod baru di Eropah bersama Celtic pada musim ini. Satu rekod yang besar di Eropah.

Pada waktu ini, Celtic telah bermain dalam 24 perlawanan, dengan 23 kemenangan , 1 seri serta tanpa kalah. Celtic juga menjaringkan 65 mata (2.7 gol/perlawanan atau 27 gol dalam 10 perlawanan), serta bolos 16 jaringan sahaja.

Dengan baki 14 perlawanan, Celtic telah mendahului liga dengan 27 mata waktu ini.

Ianya agak ketara mengatakan bahawa Celtic akan mendakap kejuaraan lebih awal daripada semua liga Eropah yang ada.

Dan berkemungkinan Brendan Rodgers mampu untuk mencipta rekod tertinggi itu dalam baki perlawanan yang ada.

Terdahulu, Brendan Rodgers telah memenangi piala pertama dalam kariernya apabila menang Piala Scotland ketika Celtic menentang Aberdeen Januari lepas dengan kemenangan 3-0, piala ke 100 untuk Celtic.

Tiada satu kelab pon yang berjaya menguasai liga dengan baki mata lebih daripada 31 mata seperti yang dilakukan oleh Paris Saints Germain musim lepas.

Dengan mengumpul beberapa sekitar 5 mata (perbezaan) dan mengharapkan Aberdeen tercicir mata, Brendan Rodgers bakal memahat namanya dalam sejarah Eropah.

SENARAI PERBEZAAN MATA TERBESAR DI EROPAH

26 points: Barry Town (Wales, 1997/98)

26 points: København (Denmark, 2010/11)

27 points: Skonto (Latvia, 1997)

28points: Olympiacos (Greece, 2015/16)

28 points: Dinamo Zagreb (Croatia, 2007/08)

29 points: Celtic (Scotland, 2013/14)

31 points: Paris Saint-Germain (France, 2015/16)

 

Post Author: Bos LMreds