Steven Gerrard Akan Kembali Ke Anfield – Dalam Perlawanan Amal

Beliau akan kembali bermain menentang barisan lagenda Real Madrid dalam perlawanan amal LFC Foundation pada 25 Mac 2017.


Ianya merupakan penampilan pertama beliau sejak mengumumkan persaraan pada November 2016 dan baru baru ini telah menyertai staf kejurulatihan di Akademi.

Beliau akan memyertai barisan lagenda Liverpool seperti Ian Rush, Robbie Fowler,  Gary McAllister,  Luis Garcia, Daniel Agger,  Patrik Berger, Jerzy Dudek,  Stephane Henchoz,  Vladimir Smicer, Jason McAteer, David Thompson, Sander Westerveld, John Aldridge, John Arne Riise, Phil Babb dan Jamie Carragher.

Menurut Gerrard :

“Saya sememangnya mahu beraksi dalam perlawanan amal ini. Anfield adalah sesuatu tempat yang istimewa di hati saya. Ianya satu penghormatan untuk berkongsi padang dengan pemain lagenda sambil mengutip dana untuk program amal”.

Kesemua hasil kutipan dana akan disalurkan kepada LFC Foundation – satu badan utama kelab untuk menguruskam dana amal. Ianya akan disalurkan kepada program dan kerjasama untuk mengubah nasib dan kesihatan kepada kanak kanak khususnya yang berada di Merseyside.

Manakala Ketua LFC Foundation, Andrea Cooper berkata “

“Kami berasa gembira apabila mendengar Steven Gerrard akan menyertai program ini buat pertama kalinya. Kami menjanjikan ia menjadi hari yang bermakna untuk semua yang terlibat”.

“Kami berharap peminat akan terhibur menyaksikan lagenda Liverpool dan Real Madrid pada hari itu dan memberikan dana yang berbaloi untuk LFC Foudation”

Steven Gerrard akan kembali bermain di Anfield dalam perlawanan amal. Sumber : LFC

ADMIN

Tiket akan dijual dengan harga £20 untuk dewasa dan £5 untuk kanak kanak. Layari laman web Liverpool FC untuk keterangan lanjut.

( Sumber : Liverpool FC  )

Post Author: Mohd Nuruzzaman