David Wagner : Klopp Pernah Diminta Untuk Mendapatkan Sane Tetapi Terlepas

David Wagner mendedahkan pemain muda berbakat itu berpotensi besar sebelum ke Man City


Jurgen Klopp pernah bekerjasama dengan Wagner di Borussia Dortmund sebelum ke Liverpool dan David Wagner mencuba nasib di Huddersfield musim ini.

Semasa mereka di Dortmund, Wagner pernah memberitahu Klopp mengenai potensi yang ada pada pemain muda Leverkusen ketika itu.

Namun Sane telah berhijrah ke Schalke sebelum melakukan perpindahan berprofil tinggi ke Man City dengan nilai £37 juta musim ini.

Menurut David Wagner :

“Saya telah tahu lebih awal. Sane mempunyai karakter sebagai pemain yang bagus dan tugas saya di Dortmund adalah mencadangkan nama pemain muda berbakat besar di Germany”.

“Saya pernah memberitahu Klopp bagaimana bagusnya beliau. Namun Klopp terlepas dengan Sane ke Schalke”.

“Kami tidak akan lupakan dia. Beliau masih muda dan belum mencapai kemuncak prestasi”.

Leroy Sane adalah antara bakat muda di Germany yang hampir ke Dortmund. Sumber : Getty

ADMIN

Leroy Sane akan bersama Man City menentang Huddersfield dalam aksi FA Cup.

Apa pandangan anda mengenai Leroy Sane?

( Sumber : Echo )

Post Author: Mohd Nuruzzaman