Divock Origi Akan Lakukan Apa Sahaja Agar Liverpool Ke Champion League

Penyerang muda Liverpool, Divock Origi kini sudah menjaringkan 8 gol dalam 13 penampilan sebagai kesebelasan pertama dan 17 penampilan sebagai pemain gantian dilihat terdesak untuk membantu Liverpool layak ke Champion League musim ini.

Kemenangan ke atas Tottenham mungkin mengakhiri kemerosotan prestasi ini tetapi pemain 21 tahun dari Belgium itu berkata The Reds akan berhadapan dengan Leicester dengan penuh yakin.

Origi akan lakukan apa sahaja untuk pastikan Liverpool ke Champion League


Origi bercakap kepada ECHO:

“Semua orang tahu persaingan untuk empat tempat teratas akan menjadi sukar”

“Setiap pasukan ada tempoh sukar tetapi ini adalah tentang bagaimana kamu mengendalikannya ketika waktu seperti itu”

“Kami tunjukkan sebagai satu pasukan yang kami gagah. Perlawanan menentang Tottenham adalah perlawanan penting untuk kami”

“Sejak itu, kami mula fokus dengan baki perlawanan dan memastikan kami menang. Kami akan hadapi satu per satu perlawanan”

“Kami ada skuad besar. Semua orang ada peranan untuk bermain dan kami memberi sokongan antara satu sama lain”

“Adalah sesuatu yang indah untuk bantu pasukan ini ke Champion League. Saya akan lakukan apa sahaja dengan kudrat yang saya ada untuk habiskan musim ini dengan baik”

(sumber: ECHO)

Post Author: LMREDS Writer