Leicester City Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Kekal Di Liga

Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel berkata, kini skuad The Foxes perlu melihat 13 baki perlawanan yang mereka ada bagi 2016/17 Premier League, sebagai ‘mini-musim’.

  • Kasper Schmeichel percaya yang Leicester City kini menghadapi perlawanan mereka sendiri dalam ‘mini-musim’.
  • Leicester akan menerima kunjungan Liverpool di Stadium King Power pada petang Isnin (20:00 KO) = Selasa (4 pagi).
  • The Foxes boleh meningkat naik ke tangga 15 bagi carta PL, sekiranya meraih kemenangan dalam perlawanan ini.

The Foxes mencari kemenangan pertama mereka bagi 2017, dan sedar yang mereka perlu meningkatkan prestasi mereka jika mereka mahu mengekalkan status hebat mereka, selaku juara EPL musim lalu.

Skuad Liverpool bertandang ke Stadium King Power pada petang Isnin dan merebut tiga mata penuh, adalah menjadi sasaran Leicester, Schmeichel sedar akan hakikat, bukan mudah untuk mencapainya.

Bercakap kepada LCFC TV, Schmeichel menilaikan ini adalah ujian yang sukar, kerana menurutnya, Liverpool merupakan pasukan kelas atasan dan pasti perlawanan akan berlangsung sengit.

Dengan pengalaman telah menghadapi Liverpool di Anfield, yang cukup mencabar untuk skuad Leicester hadapi sebelum ini, pasti perlawanan kali ini juga akan menjadi sangat sukar.

Sedar dengan kemerosotan prestasi pasukan di musim ini, yang tidak dapat langsung untuk mencapai standard seperti musim lalu, Schmeichel mengatakan yang baki perlawanan yang ada ini, skuad Leicester akan jadikannya seperti ala ‘mini musim‘, di mana mereka perlu untuk meningkatkan prestasi pasukan semula, jika mahu kekal dalam liga.

Mulai sekarang, bermula dengan menentang Liverpool, skuad Leicester melihat, sebarang kemenangan dalam Premier League adalah penting. Kerana, mereka sangat memerlukan kemenangan tersebut, tiada lagi soalan yang perlu dipersoalkan tentang itu !

Yang mana, kata Schmeichel lagi, ianya kini berkaitan dengan kepercayaan, perlu terus percaya dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk terus bekerja keras.

Walaupun sebelum ini dipukul kuat, menghadapi kekalahan kepada pasukan Sevilla di UEFA Champions League, Schmeichel bertindak cemerlang dalam membuat banyak penyelamatan, serta berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang awal perlawanan.

Kemenangan, jauh lebih memberi harapan kepada Leicester, tetapi kadangkala ianya akan menjadi sangat sukar. Leicester datang untuk menghadapi pasukan yang sangat kuat dan bergelut dalam tempoh yang tinggi sepanjang perlawanan, tetapi jika nasib tidak menyebelahi The Foxes.

Dan, sekarang Leicester akan mencuba segala upaya, dengan menggunakan apa sahaja yang mereka ada, demi untuk mengekalkan mereka berada dalam liga.

Sumber : Leicester City

#ynwa
#oncearedalwaysared????

Post Author: Sepet LMreds