Leicester City vs Liverpool FC : Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perlawanan Awal Pagi Esok

Liverpool kembali beraksi dalam kancah EPL selepas berehat selama 16 hari.


SEPAKMULA

Awal pagi Selasa bermakna malam Isnin di Liverpool, jadi jam 8.00 malam di sana dan 4.00 pagi di sini.

TONTONAN

3,305 tiket untuk peminat Liverpool di King Power Stadium sudah habis terjual.

Di England, Sky Sports 1 manakala di Malaysia, Astro Supersport 810 / 831 HD.

PENGADIL PERLAWANAN

Micheal Oliver tampil untuk menggantikan Lee Mason yang dikhabarkan tidak sihat beberapa hari lepas.

Pengadil perlawanan sebenar, Lee Mason namun digantikan dengan Michael Oliver. Sumber : Getty

Liverpool sudah mencatatkan 4 kemenangan dan 1 seri di bawah kendalian Michael Oliver.

Kemenangan dicatatkan ke atas Arsenal dan Swansea di gelanggang lawan, manakala mencatat kemenangan ke atas Watford dan Hull City.

Liverpool hanya mencatat keputusan seri di bawah pengadil ini semasa menentang Man United di Old Trafford.

PEMAIN TUMPUAN

Leicester City

Jamie Vardy memberikan petunjuk betapa beliau amat digeruni musim lepas dengan 24 gol dari 36 perlawanan yang disertai beliau.

Namun musim ini beliau hanya mampu menjaringkan 5 gol sahaja, tetapi kelibatnya amat diawasi selepas beliau mengambil kesempatan ke atas kealpaan Lucas dalam pertembungan pertama di Anfield.

Demarai Gray adalah pemain yang perlu diperhatikan juga – beliau mampu untuk mengambil peluang yang ada.

Demarai Gray antara pemain Leicester yang perlu diberikan perhatian. Sumber : Getty

Manakala Riyad Mahrez selaku pemenang Pemain Terbaik Musim 2015 2016 perlu diberikan perhatian juga.

Liverpool FC

Sadio Mane meledak dalam perlawanan menentang Spurs 2 minggu lepas dengan 2 gol jaringan beliau membantu Liverpool mencatat kemenangan penting.

Sadio Mane telah menjaringkan 11 gol musim ini bersama Liverpool. Sumber : Getty

Adam Lallana, Phillippe Coutinho dan Roberto Firmino adalah pemain serangan Liverpool yang banyak memberikan ancaman terhadap gol lawan.

PENGURUS LEICESTER CITY

Tampuk Claudio Ranieri berakhir setelah beberapa hari menjelang perlawanan penting ini setelah membantu Leicester menjuarai Liga.

Ranieri dipecat atas rentetan kekalahan musim ini untuk Leicester. Sumber : Getty

Pembantu pengurus, Craig Shakespeare akan menerajui Leicester City buat masa sekarang dan dilaporkan beliau turut berminat untuk jawatan tersebut.

KECEDERAAN PEMAIN

Leicester City

Islam Slimani dan Leonardo Ulloa masing masing bergelut untuk pulih dari kecederaan pangkal paha dan paha, namun mereka dilaporkan telah turun berlatih penuh.

Liverpool FC

Jordan Henderson diberitakan tidak akan diturunkan hari ini disebabkan kecederaan metatarsal semasa berlatih di Melwood.

Dejan Lovren belum lagi berlatih penuh disebabkan kecederaan lutut.

Manakala Daniel Sturridge masih belum pulih dari serangan virus.

Danny Ings tidak akan bermain hingga musim depan.

PERTEMUAN TERAKHIR

Perlawanan julung kalinya di musim ini dengan berhadapan dengan Main Stand baru bersama 53,705 penonton, pertama kali sejak 1977.

Perlawanan pertama menentang Leicester berlatarbelakangkan Main Stand baru. Sumber : Getty

Roberto Firmino membuka gol seawal minit 13, manakala Sadio Mane menambah gol selepas perlawanan berlangsung setengah jam.

Leicester berjaya mencuri gol akibat kesilapan Lucas selepas itu namun gol Adam Lallana dan Roberto Firmino menambah derita Leicester City di perlawanan pertama di Anfield baharu.

FAKTA MENARIK

Roberto Firmino, Nathaniel Clyne dan Adam Lallana akan bermain dalam perlawanan ke 50 mereka bersama Liverpool.

Roberto Firmino mencatat 50 penampilan buat LFC musim ini. Sumber : Getty

Liverpool akan turun dengan 14 mata lebih dari apa yang dikutip musim lepas namun Leicester kurang 32 dari musim lepas.

Leicester telah tewas dalam 5 perlawanan terakhir liga dan belum lagi mencatat kemenangan pada 2017. Mata terakhir yang dikutip mereka adalah pada 02 Januari 2017 ketika seri dengan Boro.


ADMIN

Ramalan anda? Kita harus berhati hati dengan Leicester namun 3 mata untuk Liverpool adalah amat penting malam ini.

YNWA!

( Sumber : Echo )

Post Author: Mohd Nuruzzaman