Fernando Torres Ditimpa Kecederaan Semasa Perlawanan – Dikejarkan Ke Hospital!

Bekas penyerang Liverpool ini mengalami kecederaan kepala setelah berlaga dan jatuh semasa perlawanan menentang Deportivo.


Insiden itu berlaku semasa minit ke 85, semasa perebutan bola di udara bersama pemain Deportivo Alex Bergantinos

Beliau dikejarkan ke hospital selepas itu namun hasil imbasan menunjukkan tiada kecederaan dalaman kepala yang serius berlaku.

Dan beliau kemudian memberikan status menerusi laman Twitter.

“Ianya menakutkan. Saya harap dapat kembali bermain selepas itu”.

Fernando Torres mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya menerusi Twitter.

Pengurus Atletico Madrid turut memberikan komen selepas perlawanan menyatakan beliau amat risau dan takut ketika kejadian itu berlaku.

“Kami mendengar impak pertembungan itu dari bangku simpanan. Kami lihat bagaimana beliau jatuh dan saya amat risau. Kami tidak pasti samada ianya melibatkan leher beliau atau tidak ketika itu”.

Perlawanan itu berkesudahan seri 1 – 1 dengan Greizmann menjaringkan gol untuk Atletico.

Beliau tiba di Anfield pada 2007, dengan membuat 102 penampilan dan menjaringkan 65 gol sehingga beliau beralih ke Chelsea pada Januari 2011.

Liverpool turut mengucapkan semoga cepat sembuh kepada bekas penyerang mereka itu menerusi laman Twitter.

Laman Twitter LFC untuk Fernando Torres

ADMIN

Get well soon Fernando Torres!

( Sumber : BBC Sports )

Post Author: Mohd Nuruzzaman