Lampard Sarankan Coutinho Untuk Kekal Setia Bersama Liverpool

Lagenda Chelsea, Frank Lampard telah berkata yang beliau berharap pemain ‘bertaraf dunia’ Philippe Coutinho akan kekal bersama Liverpool.

Coutinho menjaringkan gol ketika menentang Stoke City pada hari Sabtu lalu.

Bekas pemain antarabangsa England ini bercakap pada Goals On Sunday di Sky Sports, yang mana beliau berkata, beliau sangat berharap untuk melihat pemain antarabangsa Brazil itu kekal di Anfield.

Menurut Lampard, Coutinho adalah seorang pemain yang hebat dan umum sendiri boleh melihat dari mula dia datang ke Liga Perdana Inggeris. Coutinho mempunyai kaki yang hebat, walaupun kadangkala tertanya-tanya sama ada dia betul hebat atau tidak.

Tetapi, selepas itu Coutinho berjaya menunjukkan kekuatan demi kekuatannya.

Coutinho juga kata Lampard lagi, seorang pemain yang hebat menciptakan gol, dan sekarang pemain yang paling top sedang diburu oleh kelab-kelab besar di Eropah yang mahukan dia. Tetapi, Coutinho tetap juga menandatangani kontrak baru dengan Liverpool, dan itu adalah sangat penting yang menunjukkan apa yang dia lakukan itu adalah kerana dia seorang pemain yang penting bagi Liverpool.

Lampard juga merasakan rugi untuk Coutinho pergi ke Barca, yang hanya akan menjadi salah seorang pemain simpanan, berada di belakang jaguan seperti Messi dan beberapa lagi bintang Barca.

Atau, mungkinkah Coutinho akan berfikir dengan tenang untuk tetap kekal di Liverpool dan menjadi pemain utama untuk membantu Liverpool sehingga ke tahap yang seterusnya ? Soal Lampard.

Lampard, seperti juga kebanyakan penyokong Liverpool yang lain, sangat mengharapkan yang Coutinho kekal membantu Liverpool, kerana sememangnya dia seorang pemain yang hebat, dan bertaraf dunia.

Coutinho sebelum ini telahpun dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, ​​Real Madrid dan Paris Saint Germain.

Sumber : Kop World

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Post Author: Sepet LMreds