Linda Pizutti Henry Menjadi Mangsa Gangguan Di Laman Twitter

Sebahagian peminat Liverpool mengganggunya sebagai tindakan tidak berpuas hati dengan FSG. 


Isteri kepada pemilik Liverpool ini telah mendakwa dirinya diganggu sebahagian peminat Liverpool di laman sosial Twitter.

Beliau membalas komen yang mengganggu itu itu setelah memuatnaik status beliau yang sedang menghadiri filem mengenai Boston Marathon di Twitter.

Berikut adalah petikan Twitter daripada Linda Pizutti :

Petikan dari Twitter Linda Pizutti yang mendakwa pemilik akaun bernama ‘moneyball fc’ yang menganggunya. Sumber : Echo

Kehadiran Linda Pizutti Henry di dalam laman sosial Twitter telah mendedahkan beliau sebagai sasaran utama sebahagian peminat Liverpool yang tidak berpuas hati dengan pemilikan FSG buat masa sekarang, dengan dakwaan tidak memberikan dana perpindahan yang mencukupi kepada Jurgen Klopp.

Dilaporkan Twitter itu mendapat perhatian sebahagian peminat LFC dan ada yang mempertahankan tindakan beliau itu.


ADMIN

Lebih baik berhubung terus dengan laman sosial Twitter John W Henry daripada isterinya jika ada sebarang ketidakpuasan hati.

Sumber : James Pearce – Echo.

Post Author: Mohd Nuruzzaman