Peminat Man Utd Seru Agar Jurgen Klopp ‘Dihukum’ Kerana Melempar Botol Air

Jose Mourinho telah di ‘banned’ oleh FA, atas sebab ‘membahayakan orang di sekeliling’, kerana menendang botol air pada tahun 2016.

Jurgen Klopp melempar botol air ketika Liverpool seri tanpa jaringan menentang Southampton.

Atas alasan itu, makanya para penyokong Manchester United tidak berpuas hati – dan ditambah lagi dengan kekalahan mereka tewas 2-0 kepada Arsenal pada hari Ahad.

Mereka kebanyakannya juga memilih untuk menonton pasukan rival Liverpool pada aksi perlawanan menentang Southampton terlebih dahulu sebelum menjelangnya perlawanan mereka.

Aksi Jurgen Klopp yang dilihat semakin kecewa di tepi padang di Anfield semasa seri 0-0 Liverpool dengan Saints, sehingga menyebabkan Klopp tiba-tiba hilang sabar.

Kamera TV dikesan telah merakam Klopp seakan memaki hamun para pemainnya sebelum melemparkan botol air ke tanah.

Aksi kecewa Klopp terlihat jelas semasa perlawanan Liverpool di Anfield.
Pengurus Manchester United Jose Mourinho didenda kerana menendang botol air, pada tahun 2016.

Dan seperti biasa Klopp sememangnya sering melepaskan tumbukan ke udara. Bercakap-cakap kuat seakan berteriak, itu sememangnya Klopp.

Bagi penyokong Liverpool, itu adalah perkara biasa, dari seorang pengurus yang biasa-biasa juga. Perbuatan itu hanyalah sekadar tanda semangat Klopp dalam perlawanan, dan ‘passion’ yang beliau pamerkan di setiap minggu demi untuk meraih kemenangan.

Walau bagaimanapun, penyokong Man United memberi perhatian yang lebih terhadap Klopp, dengan apa yang telah pun berlaku pada 2016.

Yang mana, ketika seri 1-1 Red Devils menentang West Ham di laman sendiri pada bulan November, Mourinho dilihat begitu marah, lalu menendang botol air.

Kebiasaan Klopp, memang begitu bersemangat mempamerkan reaksinya semasa perlawanan Liverpool.
James Milner gagal untuk menjaringkan sepakan penalti, dan itu secara langsung telah mempertingkatkan lagi semangat Klopp.

Jose Mourinho kemudiannya di banned oleh Persatuan Bolasepak England, dan didenda sebanyak £ 16,000, kerana tindakannya yang dianggap boleh ‘membahayakan orang di sekeliling’.

Dan, berikut adalah sebahagian luahan rasa hati penyokong M.U.

Sumber : Mirror

Admin :

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Post Author: Sepet LMreds