Analisa Pengurus: Adakah Brendan Anti Pemain Muda?

Admin terkejut sebenarnya, apabila Peterson yang telah diberi peluang untuk berada dalam skuad Pra Musim secara spesifiknya ke US Tour dan telah menjaringkan 2 gol dalam siri jelajah Pra Musim keseluruhannya.


Tiba-tiba dilaporkan LFC menerima bidaan dari Ultrecht untuk pemain itu. Secara kasarnya memang dilihat bahawa pemain itu tak diberi peluang namun, admin rasakan dengankemasukan pemain muda yang lain memberi cabaran yang sengit untuk pemain akademi secara khasnya.

Adakah Brendan ini anti-pemain remaja? Kita kena tengok balik kepada setiap musim setelah mula-mula dipegang oleh BR.

Pada tahun 2011/12 :

Flanagan (19 tahun) – 2 penampilan

Wisdom (19) – 5

Suso (18) – 20

Raheem (17) – 36

Shelvey (20) – 33

Coady (19) -2

Ibe (16) – 1

Sinclair (16) – 1

Morgan (18) – 3.

Ini dapat dilihat bahawa BR tidak takut menggunakan pemain muda. Dia juga membawa beberapa pemain baru seperti, Daniel, Philipe, Yesil, Borini dan Allen (termasuk Assaidi), semuanya berusia bawah 23 tahun (kecuali Allen dan Assaidi).

Ini menunjukkan dia mempercayai tenaga muda seperti yang sepatotnya dan peluang tersebut diberikan sama rata dan hanya terletak kepada pemain itu sendiri.


Pada musim berikutnya berlakulah pengurang kuantiti pemain akademi / remaja LFC untuk tingkatkan kualiti, BR telah jual Shelvey (yang mengundang pelbagai persepsi) , Morgan.

Harus diingat, pada waktu itu, Hendo pon tidak diberi peluang yang sama dan hampir dijual ke Fulham. Spearing juga di’pindah’kan ke pasukan lain. Ianya juga termasuk perpindahan Carroll , Wilson, Pacheco dan Downing.

Hanya 3 pemain sahaja yang meningkat secara terangnya Flangan daripada 2 penampilan (2011/12) kepada 25 penampilan.

Manakala Henderson juga menjadi unsung hero 44 (termasuk Eropah) kepada 40 penampilan (43 perlawanan keseluruhan musim 2013/14) pada musim 2013/14 dan juga Sterling yang terus cemerlang daripada 36 kepada 37 penampilan.

Selain daripada itu, beberapa pemain seperti Wisdom, Suso, termasuk 14 pemain lain telah dipinjamkan di kelab lain. Rata-ratanya tidak mempunyai kualiti LFC dan ianya dinilai semasa pra musim dan sesi latihan.

Oleh yang demikian, admin sentiasa menyokong tindakan BR kerana setiap keputusan yang dibuat ada dasar yang kuat. Ini kerana setiap pemain yang keluar, admin definisikan sebagai “top at average level, average at top level’.

15417_546257218808915_4653524369336288161_n
Skuad Pemain Muda Liverpool Yang Memenangi Piala FA Remaja Musim 2009 (Kredit : Liverpool Echo)

Agak susah kita nak lahirkan keseluruhan pasukan daripada pemain akademi. Kita hanya perlukan beberapa permata daripada akademi yang betul-betul berkualiti seperti Carra, Fowler, McManaman, Owen, Gerrard. Dan mungkin waktu ini, Flanagan dan Sterling menjadi pertaruhan LFC.

Post Author: Bos LMreds