West Ham United vs Liverpool FC : Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perlawanan Malam Ini

Liverpool akan turun ke Olympic Stadium dengan misi paling penting dalam EPL musim ini. 

SEPAKMULA

Di London pada jam 2.15 petang, manakala di Malaysia pada jam 9.15 malam.

TONTONAN

Disiarkan secara langsung untuk Liverpool dari Stadium Olimpik London buat pertama kalinya dalam sejarah.

Di England siaran langsung boleh diikuti melalui siaran Sky Sports 1,manakala di Malaysia menerusi Astro Supersport 816 / 834 HD.

Bagi yang akan terlepas aksi malam ini, kami akan paparkan link live streaming hasil perkongsian rakan rakan untuk kegunaan bersama.

PENGADIL PERLAWANAN

Neil Swarbrick

Beliau bagus, namun ada pelbagai rekod keputusan pengadilan.

Beliau mengadili perlawanan ketika kemenangan Liverpool ke atas WBA 2 – 1, dan begitu juga kekalahan Liverpool ke atas Southampton semasa kempen EFL Cup di St Mary.

PEMAIN TUMPUAN

West Ham United

Manuel Lanzini adalah pemain bahagian serangan yang menonjol. Beliau adalah sasaran perpindahan beberapa kelab besar di musim panas nanti.

Andre Ayew akan menimbulkan masalah di bahagian depan, dan Winston Reid adalah pertahanan yang kental.

Liverpool FC

Phillippe Coutinho adalah pemain tumpuan untuk Liverpool musim ini. Setelah dikaitkan dengan perpindahan musim depan, adalah penting buat Liverpool untuk memberikan kepercayaan penuh buat beliau.

Adam Lallana akan menjadi duri dalam daging lagi hari ini. Kecederaan beberapa pemain telah memaksa beliau hampir pasti diturunkan malam ini.

PENGURUS WEST HAM UNITED

Slaven Bilic.

Beliau pernah membimbing Lokomotiv Moscow dan Besiktas sebelum akhirnya ke West Ham United pada 2015.

Sebelum itu beliau pernah bermain untuk Everton dan West Ham United.

KECEDERAAN PEMAIN

West Ham United

Cheikhou Kouyate dan Mark Noble akan terlepas perlawanan disebabkan kecederaan jangka panjang dan baru menjalani pembedahan.

Andy Carroll, Michail Antonio, Pedro Obiang, Angelo Ogbonna, Diafra Sakho dan Arthur Masuaku masih tersisih akibat kecederaan.

Liverpool FC

Danny Ings, Sadio Mane dan Jordan Henderson masih tersisih akibat kecederaan jangka panjang.

Roberto Firmino dan Lucas masih ragu ragu untuk diturunkan.

Daniel Sturridge dan Adam Lallana dijangka akan diturunkan malam ini.

REKOD PERTEMUAN TERKINI

Liverpool seri dengan West Ham United 2 – 2.

Adam Lallana menjaringkan gol pendahuluan, namun ia tidak kekal lama apabila Dimitri Payet menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma.

Kemudian Michail Antonio bijak memperdayakan Loris Karius untuk gol pendahuluan West Ham United.

Kemudian Divock Origi menjaringkan gol kedua Liverpool untuk gol penyamaan.

FAKTA PERLAWANAN

Liverpool tidak pernah mencatatkan kemenangan ke atas West Ham United sejak 5 pertemuan lepas.

West Ham United tidak kalah dalam 5 perlawanan sebelumnya.

Manakala West Ham juga perlu risau dengan situasi Liverpool, mereka tidak pernah tewas di gelanggang lawan sejak Mac dan berjaya meraih 3 mata penuh di gelanggang lawan sejak April.

Penampilan terakhir Loris Karius dalam EPL adalah semasa menentang West Ham United di Anfield sebelum kehilangan tempat kepada Mignolet.

ADMIN

Ramalan anda?

Misi wajib 3 mata penuh!

Sumber : Liverpool Echo.

Post Author: Mohd Nuruzzaman