Crystal Palace : “30 Juta Buat Mamadou Sakho Terlalu Besar Buat Kami”

Liverpool mahukan £30 juta sekiranya mana mana kelab berminat untuk merekrut Mamadou Sakho. 

Beliau tidak melakukan penampilan bersama kelab sejak April 2016, manakala selepas itu digugurkan ke pasukan bawah 23 tahun sebelum dipinjamkan ke Selhurst Park pada Januari lepas.

Sakho memainkan peranan penting dalam survival Crystal Palace dalam epl dan mahu mengekalkan beliau, namun berpendapat harga yang diminta untuk Sakho itu terlalu tinggi.

Pengerusi Palace, Steve Parish berkata :

“Saya berpendapat ianya satu keadaan yang sukar buat kami. Saya berfikir Liverpool mahukan figura besar untuk beliau”.

“Kami harus menilai semula bajet kelab dan bersikap lebih realistik”.

Parish sedang dalam usaha mencari pengurus pasukan baru juga selepas peletakan jawatan oleh Sam Allardyce.

ADMIN

Dengan Crystal Palace akan menarik diri dari bidaan Sakho, ke mana hala tuju bekas pemain antarabangsa Perancis tersebut?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman