Mohamed Salah : £ 40 Juta ?

Liverpool bersedia untuk memberi £ 40 juta, demi mendapatkan Mohamed Salah.

Liverpool dikhabarkan bersedia untuk memberi tawaran yang lebih tinggi demi kerana Mohamed Salah. Selepas Roma menolak tawaran awal sebanyak £ 28 juta, demikian dilaporkan The Mirror.

Tawaran awal yang diberikan Liverpool itu, mentah-mentah ditolak Roma, walaupun sudah mendapat persetujuan lisan dari Salah sendiri, yang merupakan bekas ‘winger’ Chelsea, yang kini berkhidmat untuk pasukan Roma, tapi mengikut laporan yang beredar di Itali telah mengatakan yang penawaran tersebut tidak membuahkan hasil.

Salah, pemain yang berasal dari Mesir merupakan sasaran utama pemain sayap bagi jendela perpindahan musim panas nii bagi The Reds.

Klopp yang telah diberi dana tidak kurang dari £ 150 juta, bagi mendapatkan pemain impian, bagi menguatkan lagi pasukan The Reds yang bakal beraksi dalam ‘play-off’ Champions League pada Ogos depan.

Cubaan untuk mendapatkan Mohamed Salah, bukan asing lagi bagi Liverpool. Kerana sebelum ini Liverpool telah pun pernah mencuba beliau pada tahun 2014, ketika Salah masih lagi bermain di Basel dan Liverpool ketika itu diurus oleh Brendan Rodgers.

Salah yang kemudiannya tampil suram di Stamford Bridge, selepas sahaja bergabung dengan Chelsea, tapi kerjayanya kembali bersinar di Serie A bersama Fiorentina dan AS Roma.

Dengan jaringan sebanyak 19 gol yang berjaya dijaringkan Salah musim lalu, kini Liverpool kononnya harus membayar hantaran sebanyak £ 40 juta jika ingin memilikinya.

Sumber : Mirror

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Post Author: Sepet LMreds