Kylian Mbappe : Beliau Hanya Mahu Menyertai Real Madrid

Pembelian ‘fantasi’ untuk penyerang muda ini bakal berakhir tidak lama lagi. 

Liverpool seperti kelab kelab lain juga berminat untuk memantau perkembangan pemain ini selepas aksi terbaik bersama Monaco musim lepas.

Ia mungkin akan memecahkan rekod perpindahan dunia untuk khidmat beliau namun Marca melaporkan beliau hanya mahu menyertai Real Madrid.

Kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan mahu mendapatkan khidmat beliau, dan berhasrat mahu menjadikan Mbappe sebagai ‘next Galaticos’.

Manakala Barcelona pula dilaporkan mahu merekrut Marco Veratti dan Gerard Deulofeu semula.

ADMIN

Perpindahan yang tidak mungkin kita akan dapat, kecuali kelab kita setaraf Real Madrid dan Barcelona.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman