Andrew Robertson Antara Nama Yang Tersenarai Untuk Mengisi Slot Bek Kiri Musim Ini

Jurgen Klopp sedang mempertimbangkan calon di posisi itu, bergantung dengan situasi Alberto Moreno. 

Pemain Hull City yang bernilai £8 juta ini antara nama yang dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke Liverpool.

Jika Alberto Moreno meninggalkan Anfield, maka Jurgen Klopp akan mencari pengganti di bek kiri dengan beberapa nama yang dipertimbangkan.

Liverpool telah meletakkan harga setinggi £15 juta, dengan baru menolak bidaan dari Napoli yang hadir dengan harga £11 juta.

Namun Echo difahamkan bahawa Moreno belum lagi membuat keputusan mengenai masa depannya di Anfield, dengan dakwaan beliau telah selesa di Merseyside dan hanya mempertimbangkan keputusannya semasa kembali untuk latihan pramusim.

Dengan itu Liverpool tidak meneruskan hasrat mencari bek kiri baharu yang boleh memberi saingan kepada James Milner hingga nasib Moreno telah ditentukan.

Liverpool dilaporkan telah memantau perkembangan Andrew Robertson selama 2 tahun secara berterusan.

Namun Jurgen Klopp membuat keputusan untuk tidak mendapatkan beliau walaupun gagal mendapat Ben Chilwell musim lepas.

Robertson telah dikatakan sebagai salah seorang pilihan untuk mengisi kekosongan itu, berbanding Ryan Sessegnon yang merupakan calon utama. Namun pemain itu mahu kekal di Fulham dan telah menandatangani kontrak profesional bersama kelab itu baru baru ini.

Liverpool juga telah mengemukakan pertanyaan untuk Benjamin Mendy tetapi pemain itu dilaporkan hanya mahu menyertai Manchester City.

Manakala Liverpool juga dikaitkan dengan pemain Napoli Faouzi Ghulam dan juga Celtic Keiran Tierney, namun Echo difahamkan mereka tidak termasuk dalam senarai pendek kelab.

Robertson dikhabarkan akan meninggalkan Hull City selepas kelab itu tersingkir ke Liga Championship musim ini.

Beliau telah melakukan 115 penampilan bersama Hull City setelah berpindah dari Dundee United pada 2014 dengan nilai £3 juta.

Dilepaskan oleh Celtic namun menghidupkan karier beliau semula selepas itu di QPR dan seterusnya direkrut oleh Dundee United.

Dan tiga tahun lepas beliau pernah memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik PFA Scotland.

ADMIN

Cuma ada tiga nama yang mungkin disenarai pendek oleh Liverpool; Ryan Sessegnon, Andrew Robertson dan Benjamin Mendy.

Yang lain seperti Ghulam, Tierney dan juga Clinchy cuma lebih kepada khabar angin.

Profil yang tinggi sebenarnya untuk pemain Hull City ini tetapi perlu diketahui bahawa bekas pemain Liverpool Danny Wilson turut pernah memenangi anugerah ini. Dan “flop di LFC.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman