Pemilik Liverpool John W Henry Tersenarai Dalam “Top 5” Pelabur Di EPL

Beliau berada dalam kedudukan keempat berdasarkan kajian terbaru sejak mengambil alih Liverpool pada 2010.

Pemilik dari Amerika ini telah membelanjakan £300 juta di kelab itu berdasarkan kajian oleh Sport Betting Online.

Sedikit biodata dan nilai pelaburan John W Henry. Sumber : Echo

Nilai keseluruhan pelaburan Henry hanya berada di bawah Stan Kroenke ( pemilik Arsenal), Keluarga Glazer ( pemilik Manchester United ) dan yang mendahului carta sekarang iaitu Roman Abramovich yang telah melaburkan £2 billion ke atas Chelsea sejak 2003.

John W Henry selaku pengerusi Fenway Sports Group telah melabur dalam projek renovasi Main Stand yang membawa Anfield mencecah kapasiti tempat duduk ke 54,074 penonton setakat ini.

John W Henry telah mengambil alih kelab daripada Hick dan Gillett, di mana ketika itu Liverpool mengalami masalah kewangan yang tenat dengan menggunakan nama syarikat New England Sport Venture.

Menurut SBO :

“John W Henry, pemilik beberapa syarikat gergasi seperti Boston Globe Newspapers dan Red Sox telah melabur sebanyak £300 juta untuk Liverpool”.

Beliau juga mendahului pemilik Man City Sheikh Mansour, yang telah melabur sebanyak £210 juta sejak membeli kelab tersebut pada 2008.

“Yang luar biasanya, pelaburan Manchester City terbahagi kepada dua iaitu bersama konsortium dari China dan juga Sheikh Mansour”.

“Kumpulan CITIC China telah mengeluarkan dana sebanyak £265 juta manakala Sheikh Mansour sebanyak £210 juta”.

Dan ianya tidak menghairankan buat pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

Beliau telah melabur sebanyak £2 billion ke dalam kelab.

Nilai pelaburan berdasarkan negara. Sumber : Echo

Berikut adalah kedudukan Top 5 senarai pelabur dalam EPL :

1. Roman Abramovich ( Chelsea ) – £2 billion. 

2. Keluarga Glazer ( Man United ) – £800 juta.

3. Stan Kroenke ( Arsenal ) – £450 juta. 

4. JOHN W HENRY ( LIVERPOOL ) – £300 juta. 

5. Sheikh Mansour – £210 juta. 

ADMIN

Mungkin apa yang diperkatakan oleh Sports Betting Online ini adalah berdasarkan figura pelaburan dari orang perseorangan dan bukan menerusi syarikat atau konsortium.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman