Joe Gomez “100% Cergas” Dan Bersedia Untuk Latihan Pramusim

Pemain pertahanan Liverpool itu sedia meninggalkan ‘mimpi ngeri’ kecederaan beliau itu.

Beliau menarik minat beberapa kelab di England untuk memgambilnya secara pinjaman namun Klopp menegaskan beliau mahu memantau perkembangan pemain itu sepanjang pramusim ini dahulu.

Penampilan Gomez musim lepas kebanyakan dalam aksi pertandingan melibatkan piala, dan juga bersama skuad bawah 23 tahun dengan beliau bergelut untuk cergas selepas mengalami kecederaan ACL 2 musim lepas.

Namun bekas pemain Charlton itu mendakwa beliau telah cergas 100% dan berada dalam situasi fizikal yang terbaik musim ini.

Menurut Gomez dalam Liverpoolfc.tv :

“Saya 100% dalam keadaan baik. Saya berasa cergas, lebih tajam dan lebih baik dari segi mental dan fizikal”.

“Saya jangkakan permulaan yang cergas, bermula semula dan lakukan yang terbaik”.

“Sudah semestinya ada sedikit kerisauan, terutama ketika berlari dan apa yang dilakukan semasa latihan. Namun ianya sebahagian dari latihan dan saya memberanikan diri melakukan itu semula”.

“Ianya tidak semudah yang disangka kerana anda sukakan tugasan itu dan ianya bagus dapat beraksi semula di atas padang”.

“Saya telah melalui masa sukar dan semestinya sekarang adalah lebih baik untuk melakukannya sekali lagi”.

Gomez akan mencabar kedudukan Ragnar Klavan sebagai pemain pelapis untuk Joel Matip dan Dejan Lovren di bahagian pertahanan, dengan menganggap pemburuan untuk Virgil Van Dijk sudah berakhir buat masa sekarang.

Gomez merupakan antara 22 pemain yang melaporkan diri ke Liverpool pada hari pertama latihan pramusim dengan perlawanan persahabatan pertama menentang Tranmere Rovers akan berlangsung seminggu lagi.

ADMIN

Bersedialah Joe Gomez untuk diturunkan kali ini.

Sumber : Liverpool Echo.

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman