Mohamad Salah Antara 9 Pemain Lagi Yang Menyertai Latihan Pramusim Liverpool

Beliau akan melapor diri di Melwood hari ini.

Salah telah memecahkan rekod perpindahan £36.9 juta dari Roma dengan 5 tahun kontrak di Liverpool.

Skuad Liverpool telah kembali untuk latihan pramusim sejak Rabu lepas, dengan Nathaniel Clyne, Jordan Henderson dan Roberto Firmino antara pemain utama yang melakukan latihan di hari pertama.

Ovie Ejaria dan Ben Woodburns kembali sehari selepas itu, manakala Sadio Mane masih meneruskan pemulihan kecederaannya di Merseyside dan akan dinilai minggu hadapan.

Dan Liverpool telah mengesahkan Salah akan kembali bersama 9 lagi pemain Liverpool yang bercuti selepas tugasan antarabangsa.

Simon Mignolet, Danny Ward, Dejan Lovren, Ragnar Klavan, Georginio Wijnaldum, Marko Grujic, Harry Wilson dan Divock Origi antara nama yang akan kembali berlatih di Melwood.

Ini akan memberikan Salah peluang untuk berlatih bersama rakan sepasukan barunya dengan mahu membina hubungan baik bersama rakan barunya.

“Saya mahu memulakan latihan pramusim lebih awal untuk lebih mengenali rakan sepasukan saya,  sebagai seseorang dan juga pemain”.

“Saya berada di masa yang tepat di sini”.

Dengan Liverpool bakal menentang Tranmere Rovers pada 12 Julai, Salah berkemungkinan besar akan diturunkan lebih awal.

Pemain sayap itu akan menggunakan nombor 11, manakala Firmino akan bertukar nombor kepada 9.

Hanya Adam Lallana, Emre Can dan Phillippe Coutinho sahaja yang akan kembali ke Melwood untuk latihan pramusim lebih lewat.

ADMIN

Tidak sabar untuk menyaksikan aksi Mohamad Salah untuk kali pertama menggunakan jersi Liverpool.

YNWA Salah.

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Mohd Nuruzzaman