Jurgen Klopp : Emre Can Tidak Akan Meninggalkan Liverpool Musim Panas Ini

Beliau mendedahkan sudah ada ‘perbincangan yang baik’ mengenai kontrak baru beliau.

Masa depan pemain Germany itu menjadi spekulasi buat masa sekarang dengan dilaporkan sudah mencapai persetujuan dengan Juventus.

Kontrak Emre Can sudah memasuki fasa 12 bulan terakhir dan persetujuan untuk kontrak baru masih lagi tertangguh buat masa sekarang.

Namun begitu Jurgen Klopp yakin pemain itu akan kekal di Liverpool dan akan menandatangani kontrak baru, dan menyatakan Emre Can telah termasuk dalam perancangan beliau musim ini.

Menurut Jurgen Klopp :

“Anda boleh bayangkan kami sedang melakukan perbincangan dan semuanya berjalan lancar dan yakin buat masa sekarang”.

“Bermakna kami bukanlah dalam perbincangan yang sukar tetapi jika segalanya belum selesai kami tak dapat berkata apa apa mengenai itu”.

“Emre adalah pemain yang penting buat kami. Kami tidak mahu kehilangan pemain yang berada dalam kesebelasan utama”.

“Emre adalah salah seorang pemain itu. Kami mahu kekalkan beliau dan perbincangan setakat ini berjalan lancar”.

Can akan melapor diri semula ke Melwood hujung minggu ini selepas 3 minggu bercuti.

Beliau akan menyertai skuad yang akan berlepas ke Germany pada Rabu depan untuk kem latihan dan kejohanan Audi Cup di sana.

“Emre akan berlatih bersama pemain yang berada di Melwood ketika ini”.

“Setelah penilaian dilakukan pada Sabtu, beliau ada dua sesi latihan pada Ahad”.

“Kesemua pemain akan mula berlatih pada Selasa. Emre akan kembali berlatih ketika itu juga”.

“Ianya bagus dapat menyaksikan beliau di sini. Beliau akan 100% terlibat”.

ADMIN

Jaminan bahawa Emre Can akan kekal di Liverpool. Memang sewajarnya beliau kekalkan.

Cerita beliau sudah bersetuju ke Itali itu hanya khabar angin sahaja.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman