Virgil Van Dijk Akan Menjadi Pertahanan Termahal Dunia

Keinginan Jurulatih The reds Jurgen Klopp semakin membuak-buak bagi mendapatkan Pertahanan Southampton , Virgil Van Dijk bagi memperkukuhkan bahagian Pertahanan Skuad Liverpool Fc.

Beberapa kali bidaan bagi mendapatkan pertahanan itu telah ditolak kerana pengurusan Southampton masih ingin khidmat beliau disana, namun mengikut laporan Akhbar Echo Van Dijk ingin menyertai Skuad Jurgen Klopp dengan telah bersetuju secara individu.

Virgil van Dijk, Southampton

Keinginan Van dijk telah menyebabkan beliau di asingkan dan berlatih bersendirian di southampton.

Echo telah membuat laporan dimana Liverpool akan membuat bidaan selanjutnya dengan ingin membuat Virgil Van Dijk pemain pertahanan termahal dunia sejumlah 60 juta meletakkan pemain tersebut sebagai rekod perpindahan sepanjang zaman liverpool.

Namun bidaan tersebut akan dilakukan selepas melihat tindak balas dari kelab southampton seterusnya adakah kelab tersebut mahu menerima atau tidak bagi bidaan selanjutnya.

Walaubagaimanapun, Southampton tetap berkeras dengan memberi alasan pemain tersebut mempunyai kontrak sehingga 2022 dan pelegrino turut mengatakan pemain itu bukan untuk dijual.

Namun nafsu bagi mendapatkan Virgil van Dijk tidak akan terhenti di sini dengan kejayaan 3 tahun lalu mendapatkan pemain berkualiti mereka seperti Sadio mane,lallana,lovren dan clyne ke Anfield. Dan ini akan memberi keyakinan klopp bagi mendapatkan Pertahanan bertubuh besar itu untuk musim yang akan tiba.

*pendapat penulis Virgil van dijk sudah tidak ada hati kekal di southampton ,jadi lepaskan lah wahai pelegrini..*

Post Author: LMREDS Writer