Liverpool Mengesahkan 30 Pemain Yang Akan Berangkat Ke Germany

Mereka akan bermain untuk 3 perlawanan di sana termasuk 2 perlawanan Audi Cup. 

Kesemua staf dan pemain Liverpool akan berangkat ke Germany hari ini dengan tiga tambahan pemain utama seperti Sadio Mane dan Danny Ings yang kembali dari kecederaan.

Emre Can juga turut berada dalam penerbangan itu untuk ke Germany.

Namun Lazar Markovic, Mamadou Sakho dan Sheyi Ojo tidak turut serta dalam kunjungan itu kerana dijangka mereka akan meninggalkan Anfield sebelum pintu perpindahan ditutup.

Pemain baru Andrew Robertson turut bersama sama berlepas ke Germany bersama rakan sepasukan barunya.

Liverpool akan menentang Hertha Berlin pada hari Sabtu ini, dan kejohanan Audi Cup menentang Bayern Munich dan Napoli atau Atletico pada perlawanan seterusnya.

Nathaniel Clyne dan James Milner juga turut serta walaupun sedang pulih dari kecederaan.

Senarai Pemain Adalah Seperti Berikut :

KARIUS, CLYNE, WIJNALDUM, MILNER, FIRMINO, COUTINHO, SALAH, GOMEZ, HENDERSON, STURRIDGE, GRUJIC, KLAVAN, MORENO, MANE, LALLANA, MIGNOLET, CAN, ROBERTSON, ORIGI, INGS, SOLANKE, MATIP, FLANAGAN, KENT, WARD, EJARIA, WOODBURNS, ALEXANDRE ARNOLD, GRABARA.

ADMIN

Semoga berjaya kembali dengan kejayaan di sana, LFC. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman