Klopp : Sturridge Sedang Berlatih Lebih Keras Dengan Sepenuh Komitmen

Beliau percaya kecergasan penuh Sturridge akan membantu Liverpool untuk mencabar kejuaraan musim ini. 

Daniel Sturridge mengalami situasi sukar pada bulan Mei lepas selepas ditimpa kecederaan sepanjang musim dan masa depan beliau kelihatan samar di Anfield.

Namun beliau telah memuaskan hati Jurgen Klopp dari segi kecergasan dan disiplin beliau sejak kembali dalam latihan pramusim.

Kempen pramusim ini sahaja menyaksikan beliau telah terlibat dalam 4 perlawanan persahabatan dan kejohanan secara berterusan.

Ditanya adakah terdapat kerisauan untuk mengekalkan Sturridge musim panas ini, Klopp menjawab :

“Apa yang saya katakan ialah beliau sedang berlatih di sini dan berada dalam situasi 100% terbaik sejak saya di sini”.

“Adakah anda melihat beliau berlatih? Beliau sedang berlatih dengan keras dan memberikan 100% komitmen”.

“Beliau sedang berusaha untuk mencapai peringkat lebih baik, tahap fizikal yang baru dan ianya suatu berita baik”.

“Kita tidak perlu bercakap mengenai apa perbezaan yang beliau boleh berikan dalam permainan. Semua orang tahu mengenai itu. Kami mahu beliau kekal cergas”.

Roberto Firmino telah dikhabarkan menjadi pilihan Klopp untuk diturunkan sebagai salah seorang penyerang namun situasi jadual yang padat Jurgen Klopp mungkin mempertimbangkan untuk melakukan sistem penggiliran pemainnya.

“Ianya melibatkan peluang yang berbeza dalam perlawanan yang berbeza”.

“Kami memerlukan pilihan pemain yang berbeza dengan skil yang berbeza”.

“Kami sentiasa cuba bermain lebih pantas. Jika tidak kami akan lebih bersabar”.

“Saya memandang ke hadapan untuk melihat aksi mereka dan saya gembira kerana masih mempunyai beberapa minggu untuk berlatih bersama”.

ADMIN

Kita mengharapkan Daniel Sturridge cergas sepenuhnya musim ini bagi membantu Liverpool mencapai lebih banyak kejayaan.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman