Herta Berlin vs Liverpool : Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perlawanan Malam Ini

Perlawanan persahabatan Liverpool pertama menjelang kejohanan Audi Cup 2017.

SEPAKMULA

Jam 5 petang waktu tempatan ( 12 atau jam 1 pagi waktu Malaysia ) di Berlin Olympiastadion.

TONTONAN

Tiada siaran langsung mengenai perlawanan ini di kaca televisyen.

Jika ada melanggan LFC.TV, anda boleh menonton secara langsung menerusi siaran itu.

Paparan ‘link live streaming’ dan ‘live FB’ akan diberikan kemudian.

PEMAIN TUMPUAN

Hertha Berlin

Vedad Ibisevic adalah kapten dan penjaring terbanyak buat kelab ini musim lepas.

Namun pemain tumpuan sudah semestinya Salomon Kalou. Bekas pemain Chelsea ini telah dimaklumkan oleh jurulatih Hertha sebagai pemain berpengalaman untuk skuad.

Davie Helke adalah pemain prospek besar dari RB Leipzig, yang telah membantu Germany Bawah 21 Tahun dengan menyumbang 7 gol dalam kelayakan Kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah.

Liverpool FC

Mohamad Salah adalah pemain yang baru direkrut dari Roma, memberikan persembahan menarik ketika final Premier League Asia Trophy minggu lepas dan mahu memberikan lebih impak ke dalam pasukan musim ini.

Manakala peminat semesti mahu melihat aksi pemain baru Andrew Robertson buat pertama kali dengan skuad Liverpool.

Phil Coutinho, Roberto Firmino dan Sadio Mane akan menjadi senjata utama Liverpool hari ini.

PENGURUS HERTHA BERLIN

Pal Dardai. Berasal dari Hungary dan legenda kelab yang bermain di posisi tengah bertahan.

Beliau telah melakukan penampilan sebanyak 297 kali untuk Hertha Berlin dari 1997 hingga 2011.

KECEDERAAN PEMAIN

James Milner akan terlepas semua aksi di Germany.

Danny Ings dan Sadio Mane akan kembali bermain setelah pulih dari kecederaan, dan berkemungkinan tidak begitu lama diturunkan untuk memberi lebih lama masa untuk pulih.

Emre Can sudah kembali dari bercuti, dan beliau boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam perlawanan kali ini.

PERTEMUAN TERAKHIR

Kedua dua pasukan tidak pernah bertemu dalam aksi kompetitif tetapi telah bermain dalam 3 kali perlawanan persahabatan.

Pertama kali pada 1973 apabila Steve Heighway menjaringkan gol penyamaan untuk kedudukan seri 1 – 1.

Dan pada 1994, Robbie Fowler menjaringkan hatrik untuk mencatatkan kemenangan 3 – 0 dan kali terakhir seri 0 – 0 pada 2008.

FAKTA MENARIK

Selasa ini adalah genap ulangtahun Hertha Berlin ke 125 tahun, sama seperti Liverpool yang mencatatkan ulangtahun ke 125.

ADMIN

Ramalan anda?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman